Thursday, November 4, 2010

bila si alam merajok

tak dapat dibayangkan betapa indahnya kejadian pagi itu. kekuatan alam menguasai segala-galanya. bagaikan meragut kembali apa yang diberinya. merajok yang lama sudah terpendam di hati. menghentam segala yang ada di depan mata.

apakah kita sedar akan makna di sebalik semua kejadian ini? yang dulu tak pernah aku lalui semua ini, tapi pada tarikh ini merubah segalanya pandangan aku terhadap (2/11/10) pengalaman yang pernah dialami mangsa banjir. kerna sekarang aku pon mangsa banjir yang terperangkap di luar pulau alor star.

air melimpah ruah, membedal aku ke sisi jalan.seolah-olah ingin menyatakan sesuatu ataupun memberi amaran kepadaku. dengan berkat la'illahaillallah aku berjaya mengharungi badai kemarahan itu. besarnya kekuasaan allah, kembali mengingatkan aku kejadian petir dan kilat sabung menyabung sewaktu semester akhir aku di cheras. kejadian itu berlaku sebelom maghrib agaknya selepas asar. waktu itu sangat meriah dengan dentuman kelahian antara mereka. dapat dilihat dengan jelas percikan api dari kilat itu. hal ini kerana posisi rumah sewaku sangat dekat dengan kejadian itu. berada 9 tingkat dari paras tanah, menbuatkan kejadian itu seperti berlaku di depan mataku. seperti menyampaikan mesej yang berulang kali.

tak dapat lagikah kita merasakan kemarahan yang semakin membuak itu? hanya duduk bersila panggung ka? melihat semua ini berlaku dan merubah segala masa depan yang diimpikan?

ayuh semua, panggunglah kepala melihat ke atas, melaungkan azan, mendirikan solat, meninggalkan segala larangan, dan beristiqamah lah kepada Allah...

Sunday, October 10, 2010

meniti akhir 1

tatkala bumi semakin menghampiri seruan Illahi, bagaimana rupanya andai bumi ini mati keesokan hari. bagaimana dengan kita manusia yang selama ini menumpang kasih sayang bumi. sejauh manakah dalamnya cinta kita terhadap Bumi ini. berpanas hujan tak kira siang dan malam. namun tetap setia menemani kita.

andai ia hilang menitiskah air mata ini? tanda cintanya kita kepada Dia Maha Pencipta. perjalanan kita semua sama.tak kira yang jahat mahupun yang baik. jika ditanya pada si jahat, nanti mati nak masuk mana? jawabnya, nak masuk syurga. begitu juga di tanya pada si baik.jawabnya tetap sama. tak kira apa yang kita lakukan tujuan tetap sama. niat nak masuk syurga, tapi apa bekalan yang kita bawa? bukan harta dan pangkat Allah nak tengok. jadi apa yang perlu kita buat? jawabnya mudah...amar ma'ruf nahi mungkar.

bila berkata-kata seharusnya dicerminkan diri ini dahulu. sejauh mana diri ini. jalan yang dipilih masih samar-samar skop tujuannya. banyak pilihan yang terbentang luas. apa yang berlalu diharuskan jadinya sempadan dan panduan hidup pada masa datang.

banyak yang perlu dilepaskan, banyak yang perlu dikenangkan, apa yang tinggal, apa lagi yang ada??

Thursday, October 7, 2010

bukaklah mindaku ini...

masa' al khoir...

kenapa kita terus menerus diberi pilihan. setiap kesilapan masih diberi ruang untuk membetulkan apa yang salah. sedangkan kita tahu perkara yang salah itu tetap tak dapat di padamkan. ibarat seorang budak menumbuk rakannya. rasa sakit tu boleh hilang, tapi perbuatan tu tak dapat dihilangkan dari ingatan kita kan? walaupun dapat dimaafkana, tapi luka dihati ini tetap berparut.

pilih memilih sudah menjadi lumrah kejadian manusia, khianat mengkhianati kesan sampingan rasa ego manusia yang boleh menceraikan silaturahim kehidupan yang indah ciptaan Tuhan. kita tak boleh menghalang sesuatu itu untuk menjadi hak kita sekekalnya untuk kita sahaja. selagi kita ni milik yang Maha Esa, bukan hak kita untuk menentukan mana arah tujunya seseorang itu.

sedangkan Allah sedia berkongsikan ciptaanNya yang Maha Agung ini untuk kita semua, tapi kenapa kita tak boleh seperti itu? sedangkan nafas yang kita nikmat ini hanya bersifat sementara, dan nyawa ini pemberian yang bersifat pinjaman. andai kata itu semua nikmat itu sudah luput tempoh pinjamannya. kita harus bagaimana???

Saturday, September 25, 2010

seperti dijodohkan

ku lihat tawa nya, ku pandang senyuman nya, ku intai perbuatan nya setiap hari.terasa sungguh kosong jiwa ini tanpa senyuman nya di hari hari yang bakal aku tempuhi. rasa di hati sangat gembira melihat nya berceloteh. riak wajah nya penuh erti kegembiraan. tingkah dan laku nya menambat hati ku.

tanpa kehadiran pemilik senyuman itu, tanpa kehadiran tawa itu, tanpa celoteh nya hari ini. sungguh kosong waktu waktu yang di isi. sungguh tak bermakna hari hari ini di lalui tanpa semua itu.

suatu hari dipendek kan cerita. ketika itu jam menunjuk kan jam dah tengah malam. kedengaran dentuman tembakan bunga api riuh rendah memekak kan gegendang telinga ini. pemilik senyuman menjawab panggilan ku. panjang masa mereka berbual. dan detik yang sangat membuatkan pembuat panggilan tadi terasa kemerah merahan pipi nya.pemilik senyuman itu meluah kan perasaan nya terhadap ku.

rupa nya insan yang sangat di rindui dan sangat dinanti nanti kehadiran nya itu juga menyimpan perasaan yang sama terhadap si dia. semua nya bagai kan suatu suratan kebetulan. dalam tak sedar kedua dua mereka ada persamaan. masing masing menyimpan perasaan. walau apapun aku sangat menghormati pemilik senyuman itu, keberanian nya sungguh di luar jangkaan ku. berani meluahkan perasaan nya. tetapi tidak pula bagi ku yang agak agak berfikir dahulu. aku sayang perasaan itu. thanks Allah

Friday, September 24, 2010

thanks Allah

ya RABBI...


andai benar itu cinta yang Kau zahirkan di hatiku, dan jika cinta itu benar Kau pahatkan lah cinta itu bersamamu nilai cintaMu. agar cinta itu terus berputik mekar dihatiku bersama cintaMu.kerna jika ia datang bersama cintaMu mulianya pemilik hati itu kerna menzahirkan cintanya padaku.

andai benar semua itu, Kau kuatkan hati si gadis itu untuk terus mencintai si pemuda itu. kerna ini semua benar dan tulus kerna ianya datang dari hati milik Maha Pencipta. si gadis itu tertawan pada si pemuda tersebut kerna dengan izin Allah. andai hati yang di buka untuk mencintai itu kerna Allah, benarlah semuanya belaka.

bertuahnya si pemuda itu dek kerna doa nya dimakbulkan Allah. pada mulanya menitis air mata si pemuda ini.dengan kehadiran cinta itu. titisan air mata penuh kesal atas kesilapan lalu. ingin dibetulkannya semula selagi diberi kesempatan ini.pemuda itu penuh kesal dahulu lalu berdoa Ya Allah andai cinta kepadaMu lebih beerti, Kau hantarlah cinta padaku.

si pemuda lalui pelbagai rintangan kehidupan.sepanjang penghujung diploma. tiada siapa tahu pemuda menangis setiap malam.hanya bantal bucuk dia menjadi peneman.berdoa kepada Allah, kerna hanya Dialah yg terbaik untuk kita. kini semuanya dah berakhir harapnya tak akan berlaku di masa akan datang. dan jika cinta yang hadir itu benar-benar kuat. kau temanlah si pemuda itu hidup dan mati dengan izin Allah.

jika benar cinta itu untuk aku...
mahu ku simpan lam hati ku...
dalam2 di sudut hati...
agar cinta itu xpergi lagi...
tinggalkan aku.

Tuesday, August 31, 2010

berandai2

andai kita tahu ini adalah ramadan yg terakhir, mesti kita meniggalkan facebook dan waktu ini kita terlalu kusyuk untuk dunia kekal.

andai kutahu bila tarikh kematian ku, xkan penah terlintas untuk ku berbuat dosa..

dua rangkap ayat yg dipetik dr orang memang pandai berkata2..
pada pandangan aku jika semua itu kita dah tau apa la maknanya sebenrnya hidup ini.dan kita xkan belajar apa2 langsung. dan Allah pun dah kata kan buat baik walaupun just berniat baik dah dapat pahala, buat jahat diberi balasan yg setimpal...mengapa kita kita perlu berandai lagi kan..

semuanya sudah terang lagi bersuluh..

Tuesday, August 24, 2010

tangislah...

tangisan yang begitu menyayat hati, mengembirakan selautan kasih, mengukuhkan lagi kasih yang tererat sekian lama. laungan azan atau qamat tanda si kecil lelaki mahupun si gadis comel. hidung kemek, pipi tembam, seperti terasa hendak dicubit-cubit ja. ya salam, kabir betol nikmat Illahi yang dikurniakan. Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, dilimpahkan kasihNya kepada hambaNya.

tangisan itu tidak lagi sekarang disahut dan disambut dengan laungan azan mahupun qamat, tetapi sebaliknya ditemani ribuan langau dan lalat, dihidang terang-terangan oleh sang makhluk yang berakal tetapi berhati batu.sayang sekali ratusan nyawa yang tak ternilai dinafikan haknya untuk melihat dan menikmati kehidupan dunia yang penuh pancaroba dan dugaan.

menyesallah si ibu kehilangan beban yang ditanggungnya berbulan-bulan. perit yang ditanggung, mudah sahaj dilepaskan tanpa sempat merasakan nikmat nya..

Thursday, June 17, 2010

apa itu islam?

islam itu sendiri telah dan sememangnya fleksibel sepanjang zaman. setelah taurat, injil dan zabur diturunkan kepada musa, isa dan daud lalu allah turunkan al quran kepada muhammad. pelbagai peristiwa telah diceritakan. tapi bagi siapa yang membacanya hanya sekadar untuk bertaranum dan membacanya dengan penuh lenggok kesyahduan nada suara bagai buluh perindu tapi isi intipati al quran itu sendiri tak dapat diserap melalui penghayatan makna dan panduan ianya bagaikan orang melayu baca buku jerman, bunyinya sedap, tapi sepatah haram tak paham...ngee hehe :)

setiap insan dalam hatinya ada nur iman itu, then bila ada yang mula sedar akan kesilapanya lalu hendak berubah haruslah insan lain disekeliling itu meyokong akan setiap langkah yang hendak diambilnya. tetapi bagi yang hendak berubah itu haruslah paham akan apa yang hendak dibuatnya supaya tidak mendatangkan masalah baginya. kita ahrus tahu apa sebenarnya dan sebaiknya melakukan perubahan.

ada sesetengah gurl yang ingin ber... tapi bagi aku nak diikutkan cara oarang arab yang bertutup litup ada sebabnya. di negara arab kan berdebu pasir, so mestila pakai something yang boleh menghalang debu itu. jadi renungkan balik konsep masyarakat kita ni, aku rasa diorang dah macam tersalah bawa erti sebenar penutupan aurat. bukan aku nak kata kat sapa, tapi cuma ingin memjelaskan apa yang terbuku di hati.

dalam surah an nur, ayat 31 pun tak disebut berpudahlah wahai perempuan beriman...tak percaya semak la balik..sekian wassalam

Friday, May 7, 2010

aku yang 'KERDIL'

deruman enjin ex5 membingitkan suasan pagi yang indah, memacu perlahan di atas jalan raya membawa bersama si teman subuh menuju surau al mutmainnah. suasana pagi yang amat dingin menyegarkan kelopak mata yang ingin sangat untuk terpejam.

sekali lagi deruman enjin itu memecah keheningan fajar tatkala subuh melabuhkan tirainya, sayangnya bagi yang tak berkesempatan subuh. menangis iman meronta minta diampunkan dosanya. bersama sahabat-sahabat yang lain deruman tersebut tiba-tiba tenggelam ditelan bunyi-bunyi riuh sahabat yang lain, masing-masing menujui destinasi yang tersendiri.

mentari mulai menyinar menerangi hamparan dada bumi yang indah dan penuh dengan kecantikan serta keunikkannya tersendiri. bergerak laju menujui ke destinasi, ex5 itu terus memacu tanpa menghiraukan sahabat yang sebangsa denganya. tanpa mengendahkan kemampuan diri ex5 tersebut terus memotong apa sahaja kenderaan yang kelihatan perlahan pada pagi itu.

tiba di destinasi yang ditujui, tanpa melengahkan masa sekali ex5 ku terus memecut laju bersaing bersama yang lain menujui destinasi yang seterusnya. sangat ku kagum dengan kemampuan ex5 ku ini, walaupun baru sahaja bersama ku beberapa bulan, tetapi antara kami seakan ada persamaan kimia itu. tak pernah meragam walaupun ku tahu enjin nya kepanasan melampau.

sedihnya, aku telah curang terhadapnya pada suatu ketika dahulu, ku berjanji tak akan ada siapa selain aku dan dia. aku minta maaf wahai ex5. biarlah kenangan pahit itu menjadi peringatan dan perngajaran yang terbaik untukku belajar dan membetulkan kesilapan ku terhadapmu, emak dan abah serta adik beradikku. indahnya kaca tapi berbisa.

tatkala mentari terik di atas umbun kepala, sekali ex5 ku memecut laju di sepanjang jalan tuanku abdul rahman dan raja laut. baru ku tahu sebenarnya halal dan haram. menitis air mata imanku mengingatkan ku kisah lalu yang mencerminkan aku sama seperti mereka yang lain di atas moto itu. tak ubah seperti aku sedang memboncengkan seekor babi pada suatu ketika dulu. astaghfirullah al'azim!!! maha besar Allah, maha suci Allah, aku berdosa terhadapMu, ampunilah dosa-dosaku Ya Allah.


betapa kerdilnya aku di dunia Mu, ibarat setitik dakwat hitam di tengah lautan, walaupun bersama teman yang lain begitu rendahnya nilai erti diriku. aku ibarat seperti insan yang tak tahu apa-apa. betapa naifnya diriku, seolah-olah tiada tercermin lansung kepandaian di raut wajahku...tak mengapa biarla arus masa ini yang menentukan. biarla aku merendahkan diriku, membawahkan standard aku, supaya tiada insan yang akan tergugat kedudukan mereka berbanding aku..

arus arena pembelajaran terus melenyapkan ku di dalam sana, tatkala kepala dilangut terus pantas ditekan kembali kebawah, aku tak bisa mendongak, menegakan apa yang hendak di utarakan. ada sahaja sentimen-sentimen yang mematahkan semangatku. corakkan langkah yang terus berwarna terus mewarnai arena hidup perlu lagi diberanikan untuk terus melangkah dan terus berlari ke hadapan.

ijazah sarjana muda genggaman aku seterusnya, berdedikasi, berwawasan dan istiqamah adunan pembelajaran seterusnya, nota-nota penting, jadual belajar yang sistematik ramuan pembejaran berterusan. di samping membanyakkan solat-solat sunat, selami isi kandung al-qur'an dan mendirikan tiang agamaku, berpuasa untuk mendidik nafsuku...

sekian..

Monday, May 3, 2010

milik siapa hati ini?

dari pandangan mata hati seseorang selalunya meletakan anggapan yang baik mahupun buruk, tatkala pandangan mata itu melihat apa yang ada dihadapannya terus maklumat itu dirakam pancainderanya, di salurkan melalui retina memasuki gedung pengolahan maklumat dikenali sebagai minda.

maklumat diolah sebaik mungkin, dicerna dengan pelbagai cara, pelbagai kesimpulan dibuat...namun otak ini masih buntu dengan segala pertanyaan yang masih belum dapat dihuraikan dengan pandangan yang munasabah. namun walau apapun jawapanya, tak semestinya setiap jawapan adalah tepat kerana manusia adalah ciptaan Allah. Allah juala yang patut kita jadikan sumber rujukan, sumber pertanyaan, dan sebagai kekasih yang paling agung. cinta terhadap Allah seribu kali bermakna cinta terhadap nafsu.

walhal Allah itu sentiasa ada bersama kita, asyiknya bernafsu terhadap yang mungkar, konteks cinta ini tak semestinya terhadap sesama insan, cinta terhadap kebendaan, kemewahan, kedudukan dan apa sahaja yang mungkin membuatkan manusia buta dan tuli untuk menilai dan mendengar pandangan dan nasihat pihak lain.

walhal, dengan apa yang dikejarnya itu hanyalah bersifat pinjaman sementara, dan bukannya milik hakiki untuk dibawa ke alam barzakh nanti. berpesan terutama diri ini sendiri dan sahabat-sahabat, rakan-rakan dan teman-teman yang lain sama-sama seimbangkan antara dunia dan akhirat.

sedih melihat perubahan yang sonsang dan terumbang-ambing tanpa iman dan panduan serta tunjuk ajar, berguru dengan bukan guru, bercinta dengan bukan yang sebenarnya cinta, berkawan dengan siapa yang tak pernah kenal erti kawan. tiap derapan langkah tidak membawa maksud sebenarnya haluan yang dituju. sayangnya jalan yang lurus itu kini digelapi cahaya hitam, menutupi pintu kebenaran. tersasar jauh dari kelurusan sebenar.

kurang mengerti dengan apa yang dikehendaki hati ini sebenarnya, tamak dan haloba, gelojoh dan bernafsu, entah kemana yang dituju, apa sahaja diragutnya, diambilnya dengan kejam tanpa belas kasihan, sedikit nilai kemausiaan insan tak tercermin langsung diraut wajah itu. apa sebenarnya kau nak hati ? aku nak apa sahaja jawab hati penuh bernafsu, membenarkan apa yang tidak benar, menegakkan apa yang tidak lurus. kusut sungguh permintaan kau wahai hati.. istighfar wahai hati, tunduk malu la wahai hati, nangis la andai ia boleh menginsafkan kau, renunglah masa lalu kau hati...cucilah noda-noda hitam di raut wajah kau, kerna kita ni ibarat hanya tak ubah seperti titik-titik hitam ditengah bentangan dada laut.

kepada Allah jua yang terbaik...

Sunday, May 2, 2010

Islam itu indah

miasara

benci dan marah kerna Allah

Ya Allah maafkan lah hambaMu ini, aku tak bermaksud nak membenci sesiapa saja, dan marah pada sapa-sapa.. tapi salah kah aku buat begitu kerna Mu Ya Allah, niatku hanya nak menyedarkan mereka. hiduplah di alam nyata, hiduplah di alam pelangi. corakan sedikit minda kita dengan warna-warna pelangi. mungkin sesetengah orang tak dapat melihat secara logik, tapi berfikirlah secara kreatif dan inovatif.



Saturday, May 1, 2010

aduhai waterfall...

hehe ikut jejak langkah amar tukar layout baru, tah tiba2 suka waterfall. nak hidup tenang dengan aman lepas habis exam ni. tak mau pikir hal2 remeh-remeh. just nak habiskan secepat mungkin baki-baki hari hari di sini. mungkin lepas ni blog dan fb aku tak usik lagi. hm, masa begitu cepat berlalu.

pelbagai warna-warni kehidupan aku lalui sepanjang berada di bandar raya kuala lumpur ni, walaupun ikutkan saiz persegi negeri ku lebih besar. tapi indahnya negeri sendiri terkadang kita terlepas pandang, antara menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata, dan intan.

biarla orang nak kata apa, pekakkan dan tulikan telinga saja pesanan ibuku sebelum jejakan kaki di kolej ini, nasihat dan panduan tak pernah lekang di bibir ibu dan abg2 ku. buatla baik, tapi berpada-pada. baik ada hadnya. dan buat jahat jangan sekali.

susah untuk ku membenci sesuatu mahupun seseorang, tapi perasaan itu wujud bila aku dah tak boleh blah dengan keadaan itu. diam seribu bahasa, biar diam tanda kita mengalah. apalah sangat sekadar menang di dunia. biarla dari sekarang mencari apa yagn sepatutnya dicari. biarla tak ramai kawan, biarla seperti katak bawah tempurung yang berwawasan dan berinternet.

team futsal

berdiri dari kiri : gavan 12, rafie 01, safrizal 23, chuba 04,
depan dari kiri : firdaus 10, arshad 09, afif 14, nizam 16,

kejayaan team : 9-13A  (1-3)  jagindas
                        b-donald  (1-1)  9-13A
                        saw fc  (2-1)  9-13A

keistimewaan team : main untuk suka2 je, corak fun dalam game, hehe :)

lokasi : sport planet, ampang

Saturday, April 24, 2010

bila hujan menitis

dari tapak kaki sebasar dua jari,
hidup ini mula dibentuk,
diasuh dengan sebaik mungkin,
diajar dengan sebaik cara,

si kecil dengan pelbagai warna perangai,
dilayan dengan penuh kesabaran,
tak pernah mengenal erti penat,
si kecil terus di beri sepenuh kasih sayang,

tatkala mengenal erti duniawi,
bongkak sungguh langkahnya,
mendabik dada tanda keegoan,
lancang mulutnya berbicara,

si tua itu dimakinya,
si tua itu ditendangnya,
si tua itu diancamnya,
si tua itu dibiarkan bersepahan di jalanan,

menitis air mata ibu,
menahan sebak pilu,
mengenang nasib diri,
merempat di tempat sendiri,

bila kau pergi meninggalkan dunia,
titisan air mata menjadi ratapan,
pemergian insan  yang disayangi,
pergi buat selamanya,

tak ada gunanya meratapi pemergian itu,
melinangkan air mata darah,
menyirami pusara ibu dengan air mata,
mustahil untuk mengembalikannya semula,

jadilah anak yang soleh,
sentiasa ada tatkala suka dan duka,
selagi hayat dikandung badan,
berbaktilah untuk ibu,

who should i love most
after Allah and Rasulullah
comes your mother
your mother
your mother
and then your father

kerna syurga itu di bawah telapak kaki ibu
tak cium syurga derhaka kepada ibu

p/s : jom kita pakat-pakat telefon mak dan abah, if kita duk jauh dari mereka, dan yang dekat tu balik la jenguk k. bagi yang dah tiada jom kita sedekah kan Al-fatihah... :)

Thursday, April 22, 2010

megod ship

maaf...

suatu ungkapan yang begitu berat untuk diucapkan apatah lagi untuk dinyatakan, dek kerana ego yang begitu membuak dalam diri seseorang membuatkan dia berasa tiada ertinya maaf itu diucapkan. insan yang penuh dengan sifat ego ini sebenarnya mencari hala tuju hidup yang tak menentu sebenarnya. kerana apa yang dicari sentiasa tak pernah ditemui. dirinya ibarat dibaluti oleh sesuatu yang tidak membenarkan dirinya dan matanyna untuk merasai dan melihat sesuatu itu dengan lebih bermakna. apa yang ada didepan matanya hanyalah apa yang dia pandang dan lihat. jika putih, dikatakannya putih. jika hitam dikatakannya hitam. sedangkan insan yang turut sama berada di sekelilingnya merasakan apa yang dilihat itu harus dilihat dengan pandangan yang lebih matang dan rasional.

ego...

sikap dan perangai yang saling tak tumpah ibarat iblis dan syaitan. kerana sifat ini manusia menjadi angkuh. yang mungkar dikatakanya makruf. dan apa yang salah dikatakanya benar. ini semua hanya sifat ego yang telah membutakan mata, menggelapkan hati, meracuni fikiran manusia yang masih berdamping dengan sifat ego. kerana sifat ego manusia enggan mengaku yang dirinya itu salah, kurang pandai dan sebagainya yang sewaktu denganya. malu bertanya sesat jalan kan? hah..ini lah sifat ego yang selalu kita lihat, bukan saja dalam konteks bertanyakan jalan., tak kira la apa pun sekurang-kurangnya bertempatlah nak tunjuk keegoan tu.

diskriminasi...

suatu tindakan agak kurang pandai yang sering kita lihat insan zaman sekarang yang masih mempraktikan lagi tindakan ini. di mana tindakan yang kurang pandai ini kita dapat lihat ketika zaman kanak-kanak dahulu. dalam tak sedar kita yang dikatakan sudah menjangkau usia yang boleh berfikir masih keanak-anakan lagi. contohnya ; zaman kanak-kanak dulu jika kita tak suka budak tu, kita akan menghasut kawan-kawan yang lain supaya jangan berkawan dengan budak tu. hm...sedihnya segelintir antara kita masih menyimpan dan mengamalkan sifat itu. entah di mana cermin dirinya mengabui mata yang memandang. segelintir antara kita gagal untuk melihat perkara tersebut. sedangkan ada antara kita menidakkanya, seperti cakap tak serupa bikin.

shhh...

lebih baik kita pilih untuk tidak berkata atau ucap apa-apa. kerana manusia zaman sekarang lebih gemar mendengar adu domba daripada kesahihan sebenar perkara. jika diberi pilihan antara benar dan palsu, aku rasa manusia sekarang lebih gemar yang palsu. itu hanya pendapat aku. aku tak membuat kesimpulan kasar di sini. harap jangan ada yang menyalah tafsir. contohnya ; budak sekolah B jahat, jadi semua budak sekolah B jahat. betol ke? tak kan, so kita jangan lah membuat kesimpulan hanya berdasarkan apa yang kita nampak dengan mata kasar. kita haruslah menilai sesuatu dengan lebih mendalam.

pelangi...

indah kan jika kita lihat pelangi. tapi pelangi tak selalu muncul kan. suatu yang indah itu memang jarang untuk kita temui. tapi janganlah kita mempersiakan sesuatu yang indah di depan mata hilang begitu sahaja. selagi ia bermakna untuk kita hargailah ia. selagi dia bernyawa sayangilah dia. selagi apa yang kita miliki itu bermakna jagalah ia. ibarat pelangi yang hanya muncul bila hujan di siang hari reda. tercipta dari biasan titisan air di udara. terindah pemandangan yang Maha Esa jadikan. sebagai tatapan mata, santapan rohani, dan mainan minda. walaupun pelbagai warna yang terkandung dalam pelangi itu, seperti merah,jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu. kita tetap panggil dengan satu nama saja 'PELANGI'

Wednesday, April 14, 2010

aplikasi janji melayu

berbual mengenai apa yang tersurat dan tersirat selalunya membuatkan seseorang berfikir sejenak dengan apa yang telah beliau lakukan. tapi tak semua orang ada perasaan itu untuk berhenti sejenak dan berfikir dengan apa yang telah dinyatakan.

seorang yang beriman, seorang yang menyayangi keluarganya, seseorang yang menyayangi kedua ibu bapanya akan berfikir terlebih dahulu dengan apa yang bakal dilakukan. itu tandanya insan tersebut menyayangi dengan apa yang dia miliki sekarang, akan datang, telah pun dimiliki.

tapi sayangnya tak semua insan begitu, selalunya kesilapan diri sendiri akan ditutupi dengan alasan yang sememangnya dah lapuk dek zaman dan usang dipuput masa yang berlalu "kita manusia, tak lari dari buat kesilapan"

hanya manusia yang selalu berkesilapan saja berani cakap macam tu. diri sendiri tak pernah nak dipersalahkan, yang bengkok tetap nak diluruskan. yang lurus tetap dibiarkan begitu saja. mana ada manusia yang berani tegakan kebenaran zaman sekarang. biar ditekan malah dipijak tetap bertahan.

konsep mana yang kita kutip pakai? demokrasi? tidakkah itu satu sistem yang amat tidak adil? jika 9 dari 10 orang berpakat? manusia yang namanya melayu sering tertipu dengan sistem ini. jika kita berdemokrasi ke arah kebaikan tak salah.

melayu? jika sebut melayu kita sering dikaitkan dengan ikatan perkataan "JANJI", apa yang spesial sangat dengan word ni? jika betul seorang itu betul mungkir janji, tak apalah nak cakap dia JANJI MELAYU kan.

situasi 1;
A : B jom tengok wayang kat Time Square petang ni, pukul 3
B : ok ja, petang ni kita jumpa kat sana.

3petang, A menunggu B yang masih belum muncul2. jam ditangan dah pukul 4ptg....adakah ini janji melayu???

situasi 2;
C : ok D sok ptg lepas kelas kita kelas tu sama2
D : ok C

keesokannya, C ni rushing sikit banyak kerja nak kena buat, dah la minggu depan exam. so dia tak mau buang masa yang tinggal. jadi dalam kul 11.30pg C bersama E ke kedai yang dia nak pegi dengan D. pegi kedai sulaman. C nak sulam nama kat baju team futsal dia, C takut tak sempat. C tak tau yang sulam nama tu leh siap cepat. jadi dia bersama E tunggu sampai siap. sebelum kul 2 C dah sampai umah coz dia dah berjanji dengan D nak pegi kedai tu jugak. sampai umah D dapat tau C dah pegi dulu, dan D touching. C dah cakap janji kul 2 kan, coz kelas pagi td C tak pegi. D ada kelas time tu. hm...D cakap C ni cam JANJI MELAYU??? di mana JANJI MELAYU tu?

Thursday, March 25, 2010

adaptasi kehidupan

hidup ini ada pelbagai cara untuk di adaptasikan. cuma terpulang kepada individu-individu yang mengolah cara kehidupan mereka. sekiranya adaptasi dari sumbar yang baik maka baiklah cara kehidupan seseorang itu. jika sebaliknya maka jadilah yang sebaliknya pula.

mana ada insan di muka bumi ciptaan Allah ini inginkan kehidupan yang tidak cukup serba serbi, dan insan mana pula yang namanya manusia tidak pernah mengeluh menjalani kehidupan ini. cubalah kita renung ke masa belakang, siapa kita sebelum ini?

kita hanya manusia yang kerdil di muka bumi ciptaan Allah, telah terbukti dari proses kejadian manusia itu sendiri. Nabi Adam dijadikan dari sumber berasaskan tanah. manakala kita manusia dari setitis air mani, kemudian bergumpal menjadi seketul daging, kemudian ditiupkan roh, diberi rupa paras, dan diizinkan untuk menatapi wajah kehidupan sebenar.(maaf if tak lengkap sal kejadian manusia)

mengapa ada di antara kita tak nak menoleh ke belakang? sedangkan ia satu formula untuk kita menilai tahap diri kita sebenarnya. di mana kelemahan kita, di mana salah dan silap kita.

pencorakan kehidupan sebenarnya bermula dari pengadaptasian kehidupan yang lain, seorang anak yang soleh pasti di adaptasi dari seorang bapa dan ibu yang soleh dan solehah. maka tak salah dalam kehidupan ini kita mengadaptasi cara kehidupan yang kita nampak baik di sisi Allah.

tapi aku tak paham dengan kata-kata segelintir masyarakat kita mahupun rakan-rakan kita sendiri.

nizam   : aku tak pasti la, nak luah mati mak nak telan mati ayah
naizem : hang tak pikir orang lain, "be your self"

aku tak paham kenapa ayat itu sering menjadi kata-kata semangat untuk mereka yang low confident, sedangkan bagi aku, mereka ini perlu pengadaptasian kehidupan yang betul. janganlah kita terus membiar mereka mengadaptasi dari sumber yang salah.

yang semoleknya berkawanlah dengan nur, jauhilah diri dari api.

to be continue...

Monday, March 15, 2010

luka lamaku...

salam semua...
maaf ye, post ni sikit menyentuh hatiku tapi aku xtau nak citer kat sape. so aku citer la dalam laman blog aku. aku just nak kongsi citer. bukan maksud aku nak pertikai qada' dan qadar' Allah.

semua peristiwa dalam hidup kita dah ditentukan Allah terlebih dahulu, macam dalam filem la. kita ni macam pelakon di muka bumi ciptaan Allah. sebagai insan yang kurang sempurna. mencari kesempurnaan tu bukan mudah. tambah-tambah bila berhadapan dengan pelbagai ujian.

semua orang nak rasa macam mana bercinta kan? aku pasti sapa saja pun nak rasa perasaan tu. setiap pasangan yang bercinta pasti idamkan hubungan yang romantis kan. seperti kita berlayar di atas kapal yang berlayar dilautan yang tenang dan aman. yang meredah lautan begitu sahaja tanpa sebarang masalah. sekali-sekali dipukul ombak tak mengapa.

pernah tak terfikir nak bercinta ketika musim tengkujuh sambung lak musim kemarau dan musim banjir. maksud saya, percintaan yang bergelora dilambung ombak badai dipukul ribut taufan di tengah lautan. kuat ke kita nak hadapi semua tu? apa kesudahan citer kejadian ni..tak ramai nakhoda yang berjaya hadapi fenomena ni.

semestinya setiap pasangan nak sangat bercinta ketika musim panas, musim salji, dan musim panas. mesti bahagia kan? tapi kenapa, setiap kali pembinaan alam percintaan yang dibina ni sama je. ibarat dipermainkan aje. lebih kurang setahun yang lalu percintaan yang dibina berkat kesabaran tahap gabanku, akhirnya kukuhan percintaan tu roboh sendiri.

ape salahku?
ape silapku?
aku xlayak ke tuk bercinta?

untuk insan yang aku sayang. if baca post ni, satu je aku nak dia tau. aku sayang dia, dialah kehidupan ku.jangan la layan aku macam ni. aku pun insan biasa juga. if nak uji kejujuran dan keikhlasan cinta ku padamu. jawapan itu sudah pun kau temui sayang....

Sunday, March 14, 2010

ngumpat ke???

betol atau tidak??
seseorang yang menulis atau menceritakan sesuatu pasti ada sebab...menulis kerana apa yang dialami ataupun alamian kejadian orang lain.di sini aku pun terpikir, ada orang yang menulis mengenai seseorang untuk dijadikan iktibar, ada orang menulis kerana geram...nak bantai orang yang dia geram tu melalui penulisan yang berunsurkan apa-apa aje, janji hati dan perasaan si penulis tenang...

dan ada pula yang menulis tentang diri sendiri, apa yang dialaminya. lebih kurang macam diari la, tapi sekarang dalam bentuk yang lebih canggih. dulu kalau tulis diari, berpuluh-puluh buku. ada pula yang sanggup beli buku siap ada pengunci lagi. ni kes tak nak orang baca la..hehe...

hm..tapi apa pun cara penyampaian tu biarla tak berunsurkan perpecahan sesama kita..ya ramai yang tak sedar bila bercakap tu tak pikir dulu, tapi perlukah berpikir dengan apa yang diperkatakan, dan dipertuturkan? ya orang cakap, baik diam aje dari mencelah atau menyampuk apa yang orang gebangkan. takut-takut apa yang kita luahkan, tuturkan itu jadi ingatan sebagai bahan ngumpat je.

memangla selalunya macam tu, eh aku tak kutuk sapa k, aku tak gosip sapa-sapa k...tapi perkara sebenarnya kita mengata orang, kita mengutuk orang...aku pun ada buat salah, aku pun tak  lari dari bercerita tentang orang..tapi apakah sebabnya yang menyebabkan kita bercerita tentang orang tu, mengata tentang diri seseorang?

bagi aku, bila kita mula bercerita tentang seseorang tu, mesti ada yang tak kena dengan apa yang orang tu lakukan atau tuturkan, manusia yang bukan sikapnya seperti burung murai tak akan mencanang dan menjaja nama orang lain kan. itu la yang tak sedap didengar kan, kita tak mau berbalah secara dalaman. tapi konflik tu wujud sendiri. berbelah-belah pihak menegakan yang depa ni di barisan yang lurus. macam mana lak orang yang di barisan tak lurus ni? kekadang kita tak boleh hukum yang kita ni tak pernah mencuri, merompak, dan buat apa aje benda jahat tu baik dari orang yang jahat ni. betol kan, ada orang baik tapi baik dia dengan Allah ja, solat tak tinggal, puasa cukup, solat sunat tapi macam mana lak silaturrahim dengan sesama manusia ni? dan orang yang jahat sudah pasti jauh sekali dari Allah, tapi silaturrahim sesama manusia tu akrab sekali, walaupun dia tak baik orangnya. iman ada dalam hati setiap manusia, nur pasti menerangi hati itu suatu hari nanti. Allah Maha Adil dan Allah itu bukan untuk orang yang baik sahaja..

wassalam...

Tuesday, March 9, 2010

perit dan jerih

setiap orang pasti mengalami saat yang memerihkan...apatah lagi memeritkan,tentu sekali mendatangkan kesan yang amat pedih kat hati.terasa dada ni macam nak meletup dibuatnya.

seorang ibu pasti terasa perit jerih kehidupan, tatkala terpaksa berganding bahu bersama suami bagi membesarkan anak-anak tercinta. tapi semua itu perngorbanan yang amat bernilai apabila semua itu dibalas dengan kejayaan anak-anak di hari muka. membawa pulang bukan setakat segulung ijazah,master mahupun phD tetapi membawa pulang harapan kehidupan yang lebih bermakna untuk kedua orang tua mereka. bayangkan jika kita berada di situasi itu, tak bangga ke kita masa tu? melahirkan anak-anak yang mengenang budi, anak-anak yang perihatin, anak-anak yang soleh dan solehah. bagi ibu bapa berdoa lah untuk kebaikan anak-anak. tatkala fajar subuh menyinsing, apa yang diidamkan tak seperti yang diimpikan, anak-anak yang dibesarkan umpama meniti di atas bara api, bagaikan meneguk minyak yang mendidih, seperti memakan duri selumbar. pedih dan perit tak terucap dengan kata-kata. hanya air mata yang mampu menjawab seribu pertanyaan ini.

sungguh perit untuk kita membuat suatu keputusan..keputusan tentang kebahagiaan kita.pepatah orang tua-tua pernah mengatakan terlajak perahu dapatku undur terlajak kata buruk padahnya, terlajak perbuatan binasa jawabnya.menyesal dahulu pedapatan,menyesal kemudian tiada gunanya. alangkah indahnya hidup ini seperti burung yang terbang melayang di awan biru. tapi sampai bila kebebasan itu dapat dinikmati? kebebasan bukan beerti kita boleh lakukan apa sahaja,ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa.



hm...kenapa kita yang cuba dekatkan diri dengan Allah akan diuji? ujian sebagaimana rupa? aku pernah terbaca dalam al-quran "tiada seorang pun yang betul-betul beriman jika tidak diuji terlebih dahulu" apakah maksud ayat ini? adakah kita beriman sedangkan kehidupan kita tanpa sebarang ujian? ya...nak buat baik memang banyak dugaan, macam-macam cobaan yang akan sentiasa melilit kita. contoh mudah la, nak bangun sembahyang subuh, pasti kita rasa liat nak bangun kan. rasa sedap je peluk bantal, rasa sedap je melingkar di bawah selimut tebal. begitu perit kan hidup ni untuk jadi seorang baik. bukan baik macam ustaz mahupun ustazah. sekadar untuk menurut apa yang dperintahkan Allah, amalkan yang makruf, tinggalkan yang mungkar.
 

Monday, March 1, 2010

nasi lemak mak aku

meh aku nak stori sikit cara memasak nasi lemak cara mak aku..

mula-mula kita perlukan bahan-bahan seperti berikut:

1.beras 1kg
2.daun pandan 1 helai
3.serai 1 batang (dipotong dua)
4.bawang besar 1 biji(dipotong nipis)
5.halia 3cm (dipotong nipis)
6.santan 50sen
7.planta 2 sudu besar
8.garam 2 sudu teh
9.gula 3 sudu besar

jom aku nak stori cara nak masak pula..

mula-mula basuh beras sebanyak 3 kali, kemudian masukan air mengikut sukatan. selepas itu masukan santan,planta,gula,garam,serai,daun pandan,bawang dan halia yang telah dipotong tadi..tunggu la sampai nasi lemak anda masak..

selamat mencuba..sekian resepi dari gaban(ni resepi mak aku,nak belajar masak jomla jumpa mak aku)

Sunday, February 28, 2010

dimana tahap kematangan kita?

mak cik depan rumah gado dengan mak cik sebelah rumah aku..gado pasai apa?ala biasala bila mak-mak gado..gado pasai anak-anak la tu.kes budak-budak.mak masuk campur.patut ke?bila anak depa nak matang.sedangkan depa sendiri pun nak kata matang pun x..tak matang lg la ye..actually bila anak-anak gado biarla,sebagai parent ni nasihat je dah cukup.anak-anak akan lebih mengerti bila parent mendekati mereka sebagai kawan yang boleh membantu.ya!! diam tak beerti kita kalah, bising pula tak beerti kita menang. ibarat anjing menyalak bukit, bukit tu tetap berdiri gah kat situ..malah sebaliknya, anjing tu sendiri yang pergi dari situ.

ada orang cakap baik hang diam je..lama-lama diam la setan tu..tapi kenapa lagi lama setan tu semakin besar?semakin berani..berani apa-apakan hak orang lain..semakin hari dia sengaja buat dan cuba naikan amarah aku.aku tetap sabar.tapi sampai bila aku nak bersabar?aku bukan seperti zaman sekolah menengah lagi..aku sekarang dah 21. nak je aku amankan keadaan yang sedang panas ni..tapi aku tak boleh..hm..aku tak macam ni sebelum ni.otak aku dah mula berfikir dah mula bekerja seperti dahulu seperti tahun 2007/2008..


kenapa?
mengapa?
bagaimana?
seolah ada yang berubah...

aku ke?

cuci hati cara gaban

1. rajin-rajinla mengemas tempat tidur kita...
2. hujung minggu cuci tandas..
3. tiap-tiap pagi kemas rumah..
4. sampah tu jangan biar berlonggok, berulat, beranak lalat,baru nak buang. dah penuh tu buang je la, ringan-ringankan tangan..
5. berfikiran positif..
6. rajin basuh baju,sidai baju dan lipat baju dengan betul..
7. basuh pinggan sendiri bila dah sudah makan..kita bukan anak RAJA

   

Saturday, February 27, 2010

mee goreng mamak

bahan-bahan nye..
mee sebungkus
taugeh 50 sen
sawi 50 sen
fish ball 1/2 bungkus
fish cake 1/2 bungkus
telur 2 biji
bawang putih 2 ulas
cili sos 3 sudu besar
cili boh 3 sudu besar
kicap 3 sudu besar
garam 1 sudu teh
gula 3 sudu besar (2 sudu cendol)
2 biji tauhu(dipotong dadu)


cara memasak...

-panaskan minyak 3 sudu cendol
-tumiskan 2 ulas bawang putih yg di tumbuk 
-masukan cili boh sehingga garing
-masukan sos cili
-masukan kicap
-masukan batang sawi (dipotong kecil)
-sesudah mendidih masukan fish ball dan fish cake dan tauhu
-kemudian masukan mee yang di basuh
-masak sehingga kering dan masukan telur
-erm...kemudian masukan sawi yg dipotong kecil (1/2 inci)
-bila sawi layu masukan taugeh selama 2 minit
-siap di hidang

Sunday, February 21, 2010

antaradua

persahabatan or ikatan kekeluargaan

mcm2 yg aku xtahu berlaku
mcm2 citer berlaku
tp knp semua itu di luar pengetahuan kami
hbs kami semua ni sape?

sape mrk tu
hmm..xtahu la
tp mmg agak pedih la kan
mcm kite ni bukan sebahagian dr diorg je


ape erti teman
kini jadi lawan
racun yang kau lemparkan
diri kami terseksa
(petikan dari lagu ape tah)


yang paling penting bermusyarawahlah
itukan dituntut dalam institusi kekeluargaan
tak kira la bukan ada hubungan pertalian pun
hidup sekali sebumbung
eratkan hubungan


nape perlu kita bermasam muke kan..
aku xpenah pun diajar or dididik oleh abah aku makan sesama
tp kitorg satu family ok je
yela,manakan lidah xtergigit kan


biasalah...dalam setandan pisang xsemuanya elok
xkan kite nk buang yg xelok tu kan
buat pengat ke, cok kodok ke
da faedah gak...


hm...susahkan nk pilih dalam hidup ni
bagi satu, naknye dua
bagi betis,naknye paha
kite patut bersyukur adanya orang yg di sekililing yg baik

Tuesday, February 9, 2010

gula gula kehidupan

:) senyuman itu indah.
indah lg bila senyuman itu dibalas.
cinta itu indah..
indah lg bila cinta terbalas.

antara cinta,persahabatan,kekeluargaan,
mana yg terindah?
rasanya, semuanya indah2 belaka.

seperti kaca dengan permata..
seperti emas dengan zulian..
seperti jersi ori dengan jersi siam gred A..
hanya jauhari yg mengenal manikam..

manusia sentiasa alpa dengan sifat pelupanya..
(termasukla penulis cerita ini)
"dan tidaklah disebut dengan manusia,
melainkan kerana (ada sifat) lupanya;
dan tidak disebut hati ,
melainkan bahawa hati itu (disebabkan)
bolak balik (yang)
mungkin
terjadi padanya)"
- syair Tasawuf

siapa lg yg tinggal
bukan kah mereka yg disamping ku
ruangkan hati yg senak
lapangkan minda yg sesak
mampatkan ilmu yg ada
gerakkan neuron
caskan nilai +

ayuh diriku
lakukan apa yg kau putuskan
jangan ditangguh peluang yg kau cipta
rugi jika kau biarkan peluang itu


semalam aku tak sangka
dapat meyakinkan abg aku yg sebelum ni
pikir apa yg keluar dr mulutnya saja yg betul
meyakinkan peluang itu hanya sekali saja
tercipta kerana keyakinan kita
mengapa perlu kita bazirkan??


tak selalunya langit itu cerah
kekadang hujan juga
tak selalunya lautan itu tenang
kekadang bergelora juga
pantai mana yg tak dipukul badai
pokok mana yg tak bergoyang