Thursday, June 17, 2010

apa itu islam?

islam itu sendiri telah dan sememangnya fleksibel sepanjang zaman. setelah taurat, injil dan zabur diturunkan kepada musa, isa dan daud lalu allah turunkan al quran kepada muhammad. pelbagai peristiwa telah diceritakan. tapi bagi siapa yang membacanya hanya sekadar untuk bertaranum dan membacanya dengan penuh lenggok kesyahduan nada suara bagai buluh perindu tapi isi intipati al quran itu sendiri tak dapat diserap melalui penghayatan makna dan panduan ianya bagaikan orang melayu baca buku jerman, bunyinya sedap, tapi sepatah haram tak paham...ngee hehe :)

setiap insan dalam hatinya ada nur iman itu, then bila ada yang mula sedar akan kesilapanya lalu hendak berubah haruslah insan lain disekeliling itu meyokong akan setiap langkah yang hendak diambilnya. tetapi bagi yang hendak berubah itu haruslah paham akan apa yang hendak dibuatnya supaya tidak mendatangkan masalah baginya. kita ahrus tahu apa sebenarnya dan sebaiknya melakukan perubahan.

ada sesetengah gurl yang ingin ber... tapi bagi aku nak diikutkan cara oarang arab yang bertutup litup ada sebabnya. di negara arab kan berdebu pasir, so mestila pakai something yang boleh menghalang debu itu. jadi renungkan balik konsep masyarakat kita ni, aku rasa diorang dah macam tersalah bawa erti sebenar penutupan aurat. bukan aku nak kata kat sapa, tapi cuma ingin memjelaskan apa yang terbuku di hati.

dalam surah an nur, ayat 31 pun tak disebut berpudahlah wahai perempuan beriman...tak percaya semak la balik..sekian wassalam

9 comments:

kyrah.... said...

Ya, tidak ada kewajipan berpurdah bagi sesetengah ulama’ tapi tidak boleh menghalang wanita berpurdah, itu kan sudah fitrahnya, dan islam pula menggalakkan. Salah tu, memang salah menghalang orang memakai purdah, sama salahnya memaksa-maksa orang memakai purdah....
surah yang menyebut tentang aurat wanita..surah an-Nur ayat 31, ayat 60. Surah al-Ahzab ayat 53, 55, 59

Dalam Surah al-Ahzab ayat ke-59.

Dalam surah ni ia sebut “ jalabib” jalabib ini kita nak faham maksudnya perlu merujuk pada tafsir. Maksudnya, apa yang kita baca dari al-Qur’an perlu kita fahami apa yang Allah nak sampaikan melalui tafsir. Ada ramai ulama’ yang memberi tafsiran yang berbeza untuk perkataan “ jalabib” ni. Ada yang kata kain yang menutup kepala dan leher dan ada yang berpendapat bahawa perkataan jalabib ni bermakna kain yang besar yang menutup kepala dan sekaligus wajahnya.Kecuali mata. Ada ulama’ yang berpendapat mata kiri yang perlu dibuka dan ada ulama’ yang berpendapat mata kanan yang perlu dibuka untuk melihat jalan. Kedua-duanya betul. Jadi, ulama’ yang mengatakan perkataan jalabib itu sebagai kain menutup muka, maka, mereka menetapkan hukum berpurdah itu wajib iaitu mesti dipakai oleh wanita. Manakala ulama’ yang menafsirkan perkataan jalabib dalam al-Qur’an itu hanya tudung yang menutup leher dan kepala berpendapat bahawa wajib bagi wanita menutup kepala dan leher serta tidak wajib menutup muka. Maka, ulama’-ulama ini hanya menghukumkan purdah itu sebagai sunat sahaja atau dalam erti kata lain digalakkan. Tapi, dalam keseluruhan al-Qur’an tidak ada yang menghukum haram memakai purdah bagi wanita kecuali ketika solat dan ihram. Ini dua termasuk dalam soal ta’abbudi. Hanya dalam dua keadaan ini sahaja kaum wanita diharamkan dari berpurdah

hansuke said...

salam.

kir@h bkn Muslimah Sebarangan?
wah, dah tukar nama.

sungguh hebat saudari mengulas isu ini dengan pelbagai dalil, cuma saya terfikir dan ingin bertanya, saudari tulis dengan sendiri pendapat ini atau pon telah pon copy/paste dari mana-mana web? kerana pendapat yang telah pon diberi seolah pendapat dari seorang ustaz atau pon ustazah. jika saudari yang tulis maka saya mengucapkan tahniah, kerana sungguh dalam ilmu yang diperjelaskan.

memang benar purdah ini memang ada baiknya, tapi seorang ustaz pernah bagitau saya purdah ini layak bagi wanita yang sangat-sangat cantik dan menawan wajahnya sampai bila melihat rupanya yang terpesona seorang lelaki akan runtuh imannya atau mendatangkan berahi atau shahwat maka wanita seperti ini perlu berpurdah, sebab ia sudah jatuh kepada wajib untuk mengelakkan kepada fitnah.

tapi jika tidak seperti yang disebutkan diatas tak perlu berpurdah pon takpa. haha~ cukup bertudung menutup aurat seorang wanita mengikut syariat.

p/s: saya cuma berkata apa seorang ustaz pernah berkata, bukan mahu menyindir kepada sesiapa.

wallahua'lam.

Amar san said...

kirah jerk. eh silap. kirah muslimah sebarangan.

islam itu agama yg tidak membebankan ummatnya. islam tidak akan menyuruh ummatnya melakukan apa yg memudaratkan kepada dirinya. islam itu memudahkan dan tidak menyusahkan. tengok ibadah2 dalam islam, semuanya mudah. mengucap mudah. solat mudah. puasa mudah. zakat tidak membebankan. dan haji, insyaAllah jika mula menabung sejak muda juga akan jadi mudah.

pasal berpurdah. purdah sesuatu yg sunnah. bagus. saya tak ada masalah utk org yg nak berpurdah. dan saya jugak tidak mahu judge org yg berpurdah biar siapa pun dia kerana apa yg dia buat itu hal dia dgn Allah, takda kaitan dgn saya. saya bukanlah malaikat mahu komen amalan org, apatah lagi tuhan mahu judge org. hanya Allah saja yg layak menjudge amalan hambanya.

tapi. sesuatu amalan perlu ada illatnya. iaitu tujuan sebenar di bawah niat. ada mufti kat london tu. dia kata purdah ini salah satu simbol utk org islam yg cantik2 utk elak daripada terkena fitnah (kecelakaan) bagi lelaki2 yg di dalam hatinya ada penyakit. semasa beliau di mesir, syeikh mufti ada suro bini dia berpurdah, pasal org mesir ramai yg kawin lambat jadi mereka pun sangap, dan kes2 rogol pun berleluasa. jadi dia pun suro bini dia pakai purdah. tapi bila di london, kes2 rogol adalah kurang kerana ramai org yg ada consensual sex di kalangan non muslim. maka tiada lagi illat (tujuan) utk memakai purdah kerana di london kota yg kurang kes rogol. tapi jika berkeras memakai purdah membabi buta, mungkin akan mendatangkan kecelakaan (fitnah) kepada diri sendiri kerana stigma org sana terhadap purdah itu. jadi tidak perlulah kita melakukan sesuatu yg mendatangkan mudarat kepada diri kita jika ia tidak perlu. itu bukan lagi islam, kerana islam memudahkan tidak menyusahkan.

saya yakin anda ada illat anda sendiri. kalo tak ada illat pun saya apa peduli, suka hati anda lah nak buat apa, bukan ada kaitan dgn diri saya pun. saya harap anda akan lebih gigih menjalankan sesuatu yg wajib kerana islam mengutamakan yg wajib itu lebih daripada yg sunat, contohnya berdakwah kepada cencorot anda itu yg kapel tak ingat dunia.

wallahua'lam.

gaban said...

hm..berpeluh gak baca komen2 ni, tapi itu la aku hanya kongsi pendapat ja. memang tak salah berpurdah. dan memang tak salah kita ke arah kebaikan.

sebenarnya aku bukan nak sentuh hal purdah ni, aku cuma nak beri contoh yang masyarakat kita ni tak semuanya suka kita nak berubah kan? tapi adakah ini tanda2 dunia menghampiri kiamat?

khutbah jumaat minggu lepas, ustaz tu cakap, kiamat berlaku bila semua orang islam bangkit dan memerangi orang yahudi sehinggakan bila yahudi ni bersembunyi di sebalik pepohon, pepohon itu memanggil orang islam memberitahu yang yahudi ada disebaliknya, kecuali pepohon yahudi yang akan terus melindungi orang yahudi. begitu besarnya kekuasaan allah.

sebenarnya di sini, mengapa ada yang sesetengah orang islam sendiri yang memecah belahkan kita?

kirah, nizam hanya nak berkongsi permasalahan tentang purdah dilarang pakai itu ja ok.

kyrah.... said...

eh nizam ni...lh owg x maksud apew2 pun....
huhu kirah bace kirah kaji..so kite ingat lh ilmu yg kte ad kan...kirah x anggap pape punlh....biarlah aq org nak kate..sume mngatakn tentang berpurdah itu sunat jew..tapy bkn k elok..hmm xpe kn..kite buat kite dpt pahala x buat xde pape..x salah pun...dun worry ok...sy mahu lebih..sy x mahu biase2 mcm org lain...ini perjuangan sy.,,hehe doakn kirah yew..
salam

gaban said...

betol tu..ckp dan lakukan,jgn ckp dan terus diam. hehe bagusla shuk berpikir mcm tu.

kyrah.... said...

mekaseh,,
so dun be shy nak tegur sayer...
hehe bru nk mrangkak...
insyaAllah pasni dh buleh berlari...

gaban said...

bila dah berlari tu jgn lupa di bumi man yang kita pijak, maksud nizam pencipta bumi dan semesta ini...what r we doing is becoz of Allah. Allah is the only one yang selalu menolong kita. langsung or xlangsung, sedar or xsedar.

Anonymous said...

emm..
macam mana pula jika seseorang itu menutup aurat (berpurdah) tapi sikapnya masih sama..maksud saya disini..dia menutup aurat tapi ditangkap kerana meniru didalam ujian..
boleh terangkan apa hukumnya?