Friday, March 11, 2011

dia milik Allah

yang bulat datang bergolek, dan yang pipih datang melayang. hidup dan mati ketentuan Illahi, yang datang pasti akan pergi. yang muda akan tua. yang sihat akan sakit. yang lapang akan sempit.dan yang akan miskin. begitulah tersiratnya perjalanan kehidupan ini. tak dilihat pasti terlepas pandang. bila tak dipikirkan pasti akan menyesal. semua ini dugaan Allah.

di suatu hari yang indah, cuaca yang nyaman, menghirup udara segar nikmat Allah. tanpa disedari hari sudah mendung, tiba-tiba hujan turun selebat yang mungkin. membasahi bumi tanpa mengira siapa yang hidup di muka bumi ini. memberi kesan yang sangat mudarat kepada mereka yang menghuni bumi ini. tapi air yang terus mengalir ini memberi seribu makna kepada si tuan tanah yang lama kehausan, yang lama kekontangan dek sikap penghuni bumi.

siapa yang kita sayang pasti akan pergi jua, apa yang kita suka pasti pergi jua. dugaan demi dugaan mendatang. tak kira panas, hujan, ribut, dan petir kehidupan ini ketentuan yang Maha Esa. mungkin ada sebab kenapa dia datang padaku dulu, dan mungkin bersebab juga dia dipanggil untuk tinggalkan aku. mungkin juga tempoh nya telah sampai. atau aku hanya sebuah tempat persinggahan. jika begitu aku kini tahu apa yang perlu aku lakukan. terus memberi semangat kepada mereka yang memerlukan dengan setulus mungkin.

tak indah sebuah taman tanpa pepohon hijau, sekebun bunga indah menghiasi taman. tapi andai taman itu tapak semaian hakikatlah hidup sebuah tapak semaian.kita tak layak untuk dihiasi hiasan indah, dan kita juga tak seperti mereka. lumrah hidup ini penentu kehidupan nanti. andai nadi ini terhenti tamatlah hayat yang dikandung badan. apa yang datang, dan apa yang pergi bukan kehendak kita. itu semua ada sebabnya. mungkin kali ini bukan untukku, bukan juga milikku :)

Thursday, November 4, 2010

bila si alam merajok

tak dapat dibayangkan betapa indahnya kejadian pagi itu. kekuatan alam menguasai segala-galanya. bagaikan meragut kembali apa yang diberinya. merajok yang lama sudah terpendam di hati. menghentam segala yang ada di depan mata.

apakah kita sedar akan makna di sebalik semua kejadian ini? yang dulu tak pernah aku lalui semua ini, tapi pada tarikh ini merubah segalanya pandangan aku terhadap (2/11/10) pengalaman yang pernah dialami mangsa banjir. kerna sekarang aku pon mangsa banjir yang terperangkap di luar pulau alor star.

air melimpah ruah, membedal aku ke sisi jalan.seolah-olah ingin menyatakan sesuatu ataupun memberi amaran kepadaku. dengan berkat la'illahaillallah aku berjaya mengharungi badai kemarahan itu. besarnya kekuasaan allah, kembali mengingatkan aku kejadian petir dan kilat sabung menyabung sewaktu semester akhir aku di cheras. kejadian itu berlaku sebelom maghrib agaknya selepas asar. waktu itu sangat meriah dengan dentuman kelahian antara mereka. dapat dilihat dengan jelas percikan api dari kilat itu. hal ini kerana posisi rumah sewaku sangat dekat dengan kejadian itu. berada 9 tingkat dari paras tanah, menbuatkan kejadian itu seperti berlaku di depan mataku. seperti menyampaikan mesej yang berulang kali.

tak dapat lagikah kita merasakan kemarahan yang semakin membuak itu? hanya duduk bersila panggung ka? melihat semua ini berlaku dan merubah segala masa depan yang diimpikan?

ayuh semua, panggunglah kepala melihat ke atas, melaungkan azan, mendirikan solat, meninggalkan segala larangan, dan beristiqamah lah kepada Allah...

Sunday, October 10, 2010

meniti akhir 1

tatkala bumi semakin menghampiri seruan Illahi, bagaimana rupanya andai bumi ini mati keesokan hari. bagaimana dengan kita manusia yang selama ini menumpang kasih sayang bumi. sejauh manakah dalamnya cinta kita terhadap Bumi ini. berpanas hujan tak kira siang dan malam. namun tetap setia menemani kita.

andai ia hilang menitiskah air mata ini? tanda cintanya kita kepada Dia Maha Pencipta. perjalanan kita semua sama.tak kira yang jahat mahupun yang baik. jika ditanya pada si jahat, nanti mati nak masuk mana? jawabnya, nak masuk syurga. begitu juga di tanya pada si baik.jawabnya tetap sama. tak kira apa yang kita lakukan tujuan tetap sama. niat nak masuk syurga, tapi apa bekalan yang kita bawa? bukan harta dan pangkat Allah nak tengok. jadi apa yang perlu kita buat? jawabnya mudah...amar ma'ruf nahi mungkar.

bila berkata-kata seharusnya dicerminkan diri ini dahulu. sejauh mana diri ini. jalan yang dipilih masih samar-samar skop tujuannya. banyak pilihan yang terbentang luas. apa yang berlalu diharuskan jadinya sempadan dan panduan hidup pada masa datang.

banyak yang perlu dilepaskan, banyak yang perlu dikenangkan, apa yang tinggal, apa lagi yang ada??