hehe ikut jejak langkah amar tukar layout baru, tah tiba2 suka waterfall. nak hidup tenang dengan aman lepas habis exam ni. tak mau pikir hal2 remeh-remeh. just nak habiskan secepat mungkin baki-baki hari hari di sini. mungkin lepas ni blog dan fb aku tak usik lagi. hm, masa begitu cepat berlalu.
pelbagai warna-warni kehidupan aku lalui sepanjang berada di bandar raya kuala lumpur ni, walaupun ikutkan saiz persegi negeri ku lebih besar. tapi indahnya negeri sendiri terkadang kita terlepas pandang, antara menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata, dan intan.
biarla orang nak kata apa, pekakkan dan tulikan telinga saja pesanan ibuku sebelum jejakan kaki di kolej ini, nasihat dan panduan tak pernah lekang di bibir ibu dan abg2 ku. buatla baik, tapi berpada-pada. baik ada hadnya. dan buat jahat jangan sekali.
susah untuk ku membenci sesuatu mahupun seseorang, tapi perasaan itu wujud bila aku dah tak boleh blah dengan keadaan itu. diam seribu bahasa, biar diam tanda kita mengalah. apalah sangat sekadar menang di dunia. biarla dari sekarang mencari apa yagn sepatutnya dicari. biarla tak ramai kawan, biarla seperti katak bawah tempurung yang berwawasan dan berinternet.
Saturday, May 1, 2010
aduhai waterfall...
Posted by gaban at Saturday, May 01, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment