masa' al khoir...
kenapa kita terus menerus diberi pilihan. setiap kesilapan masih diberi ruang untuk membetulkan apa yang salah. sedangkan kita tahu perkara yang salah itu tetap tak dapat di padamkan. ibarat seorang budak menumbuk rakannya. rasa sakit tu boleh hilang, tapi perbuatan tu tak dapat dihilangkan dari ingatan kita kan? walaupun dapat dimaafkana, tapi luka dihati ini tetap berparut.
pilih memilih sudah menjadi lumrah kejadian manusia, khianat mengkhianati kesan sampingan rasa ego manusia yang boleh menceraikan silaturahim kehidupan yang indah ciptaan Tuhan. kita tak boleh menghalang sesuatu itu untuk menjadi hak kita sekekalnya untuk kita sahaja. selagi kita ni milik yang Maha Esa, bukan hak kita untuk menentukan mana arah tujunya seseorang itu.
sedangkan Allah sedia berkongsikan ciptaanNya yang Maha Agung ini untuk kita semua, tapi kenapa kita tak boleh seperti itu? sedangkan nafas yang kita nikmat ini hanya bersifat sementara, dan nyawa ini pemberian yang bersifat pinjaman. andai kata itu semua nikmat itu sudah luput tempoh pinjamannya. kita harus bagaimana???
Thursday, October 7, 2010
bukaklah mindaku ini...
Posted by gaban at Thursday, October 07, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
ya kita harus sentiasa bersyukur kepada Allah.. dan sentiasa beristighfar atas segala kesilapan kita.. dan kesalahan sesama makhluk, kita seharusnya memohon kemaafan agar silatur rahim yg dipupuk itu akan sentiasa segar tak lapuk dek panas dan tak lekang dek hujan..
selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.. heheh
Post a Comment