dari pandangan mata hati seseorang selalunya meletakan anggapan yang baik mahupun buruk, tatkala pandangan mata itu melihat apa yang ada dihadapannya terus maklumat itu dirakam pancainderanya, di salurkan melalui retina memasuki gedung pengolahan maklumat dikenali sebagai minda.
maklumat diolah sebaik mungkin, dicerna dengan pelbagai cara, pelbagai kesimpulan dibuat...namun otak ini masih buntu dengan segala pertanyaan yang masih belum dapat dihuraikan dengan pandangan yang munasabah. namun walau apapun jawapanya, tak semestinya setiap jawapan adalah tepat kerana manusia adalah ciptaan Allah. Allah juala yang patut kita jadikan sumber rujukan, sumber pertanyaan, dan sebagai kekasih yang paling agung. cinta terhadap Allah seribu kali bermakna cinta terhadap nafsu.
walhal Allah itu sentiasa ada bersama kita, asyiknya bernafsu terhadap yang mungkar, konteks cinta ini tak semestinya terhadap sesama insan, cinta terhadap kebendaan, kemewahan, kedudukan dan apa sahaja yang mungkin membuatkan manusia buta dan tuli untuk menilai dan mendengar pandangan dan nasihat pihak lain.
walhal, dengan apa yang dikejarnya itu hanyalah bersifat pinjaman sementara, dan bukannya milik hakiki untuk dibawa ke alam barzakh nanti. berpesan terutama diri ini sendiri dan sahabat-sahabat, rakan-rakan dan teman-teman yang lain sama-sama seimbangkan antara dunia dan akhirat.
sedih melihat perubahan yang sonsang dan terumbang-ambing tanpa iman dan panduan serta tunjuk ajar, berguru dengan bukan guru, bercinta dengan bukan yang sebenarnya cinta, berkawan dengan siapa yang tak pernah kenal erti kawan. tiap derapan langkah tidak membawa maksud sebenarnya haluan yang dituju. sayangnya jalan yang lurus itu kini digelapi cahaya hitam, menutupi pintu kebenaran. tersasar jauh dari kelurusan sebenar.
kurang mengerti dengan apa yang dikehendaki hati ini sebenarnya, tamak dan haloba, gelojoh dan bernafsu, entah kemana yang dituju, apa sahaja diragutnya, diambilnya dengan kejam tanpa belas kasihan, sedikit nilai kemausiaan insan tak tercermin langsung diraut wajah itu. apa sebenarnya kau nak hati ? aku nak apa sahaja jawab hati penuh bernafsu, membenarkan apa yang tidak benar, menegakkan apa yang tidak lurus. kusut sungguh permintaan kau wahai hati.. istighfar wahai hati, tunduk malu la wahai hati, nangis la andai ia boleh menginsafkan kau, renunglah masa lalu kau hati...cucilah noda-noda hitam di raut wajah kau, kerna kita ni ibarat hanya tak ubah seperti titik-titik hitam ditengah bentangan dada laut.
kepada Allah jua yang terbaik...
Monday, May 3, 2010
milik siapa hati ini?
Posted by gaban at Monday, May 03, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment