betol atau tidak??
seseorang yang menulis atau menceritakan sesuatu pasti ada sebab...menulis kerana apa yang dialami ataupun alamian kejadian orang lain.di sini aku pun terpikir, ada orang yang menulis mengenai seseorang untuk dijadikan iktibar, ada orang menulis kerana geram...nak bantai orang yang dia geram tu melalui penulisan yang berunsurkan apa-apa aje, janji hati dan perasaan si penulis tenang...
dan ada pula yang menulis tentang diri sendiri, apa yang dialaminya. lebih kurang macam diari la, tapi sekarang dalam bentuk yang lebih canggih. dulu kalau tulis diari, berpuluh-puluh buku. ada pula yang sanggup beli buku siap ada pengunci lagi. ni kes tak nak orang baca la..hehe...
hm..tapi apa pun cara penyampaian tu biarla tak berunsurkan perpecahan sesama kita..ya ramai yang tak sedar bila bercakap tu tak pikir dulu, tapi perlukah berpikir dengan apa yang diperkatakan, dan dipertuturkan? ya orang cakap, baik diam aje dari mencelah atau menyampuk apa yang orang gebangkan. takut-takut apa yang kita luahkan, tuturkan itu jadi ingatan sebagai bahan ngumpat je.
memangla selalunya macam tu, eh aku tak kutuk sapa k, aku tak gosip sapa-sapa k...tapi perkara sebenarnya kita mengata orang, kita mengutuk orang...aku pun ada buat salah, aku pun tak lari dari bercerita tentang orang..tapi apakah sebabnya yang menyebabkan kita bercerita tentang orang tu, mengata tentang diri seseorang?
bagi aku, bila kita mula bercerita tentang seseorang tu, mesti ada yang tak kena dengan apa yang orang tu lakukan atau tuturkan, manusia yang bukan sikapnya seperti burung murai tak akan mencanang dan menjaja nama orang lain kan. itu la yang tak sedap didengar kan, kita tak mau berbalah secara dalaman. tapi konflik tu wujud sendiri. berbelah-belah pihak menegakan yang depa ni di barisan yang lurus. macam mana lak orang yang di barisan tak lurus ni? kekadang kita tak boleh hukum yang kita ni tak pernah mencuri, merompak, dan buat apa aje benda jahat tu baik dari orang yang jahat ni. betol kan, ada orang baik tapi baik dia dengan Allah ja, solat tak tinggal, puasa cukup, solat sunat tapi macam mana lak silaturrahim dengan sesama manusia ni? dan orang yang jahat sudah pasti jauh sekali dari Allah, tapi silaturrahim sesama manusia tu akrab sekali, walaupun dia tak baik orangnya. iman ada dalam hati setiap manusia, nur pasti menerangi hati itu suatu hari nanti. Allah Maha Adil dan Allah itu bukan untuk orang yang baik sahaja..
wassalam...
Sunday, March 14, 2010
ngumpat ke???
Posted by gaban at Sunday, March 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
salam.
makin lama isu ko makin banyak dan penulisan ko pon makin baik, ni pendapat aku je la, jgn shok sendiri dulu hehe~ gura aje..:)
aku pikir camni je jam, sebaik mana pon kita dengan orang lain, tak penah kacau orang lain, tak buat perangai ngn orang lain, tapi mesti ada jugak orang yang tak suka pada kita. mungkin benda ni dah lumrah hidup.
yang paling sedih bagi aku ialah manusia yang solat, tapi berperangai macam iblis, contohnya, riak, ujub, rasa diri bagus, dan sewaktu denganya, tak ada rasa rendah diri kepada Allah.
bila ada perangai yang Allah SWT tak suka ni pada manusia, orang seperti tersebut akan menjadi susah untuk ditegur oleh orang lain, dia nampak dia je yang betol sebab dia rasa diri dia terbaik atau rasa takda buat salah pada orang lain.
sebab itu la Allah SWT suruh manusia sentiasa muhasabah diri untuk melihat kekurangan dalam diri masing-masing supaya lebih bertakwa kepada Allah dan meningkatkan keimanan, bila dah kenal pasti mana silap diri baru kita boleh berubah.
sesetgh orang, dia tak mampu nampak kekurangan diri sebab kurang ditegur masa dia kecil, maybe tak ada abang atau kakak untuk menegur, ini fakta ok, bukan aku menunding pada sapa-sapa.
aku setuju dengan pendapat ko, bila orang dah start cakap pasal kita yang tak baik maka kita pon dah melakukan yang tak baik dari segi pandangan orang. sebab tu la aku cakap kita tak boleh rasa diri kita bagus sebab manusia tak perfect.
bila tak perfect maka kena menegur sesama sendiri. tapi ko sendiri dah tahu kan tak semua orang boleh ditegur, dan menerima bila ditegur orang lain.
betol tu silaratulrahim adalah yang baik, tapi macam mana nak rapatkan silaturraham sesama ummat bila kita sendiri yang sombong dan tak terima pendapat orang lain.
seperti aku juga, aku tak perfect, dan sekiranya aku dipihak yang salah, aku mahukan orang menegur diri aku supaya aku tak mengulangi kesilapan aku.
bagi aku, kita patut menegur sesama ummat sebab ini adalah sebahagian daripada dakwah ajaran Rasulullah. tapi bila dah menegur tapi ia seolah-olah gagal, doa saja yang tinggal supaya suatu hari orang itu boleh berubah. macam ko cakapkan semua orang ada imam walaupon orang yang jahat, kita hanya boleh berdoa untuk kebaikan orang tu dunia dan akhirat bukan mengata kepda mereka.
p/s: aku memberi komen secara umum, maaf jika ada yang terasa, sesungguhnya aku tidak berniat untuk menuju kepada sesiapa.
Post a Comment