setiap orang pasti mengalami saat yang memerihkan...apatah lagi memeritkan,tentu sekali mendatangkan kesan yang amat pedih kat hati.terasa dada ni macam nak meletup dibuatnya.
seorang ibu pasti terasa perit jerih kehidupan, tatkala terpaksa berganding bahu bersama suami bagi membesarkan anak-anak tercinta. tapi semua itu perngorbanan yang amat bernilai apabila semua itu dibalas dengan kejayaan anak-anak di hari muka. membawa pulang bukan setakat segulung ijazah,master mahupun phD tetapi membawa pulang harapan kehidupan yang lebih bermakna untuk kedua orang tua mereka. bayangkan jika kita berada di situasi itu, tak bangga ke kita masa tu? melahirkan anak-anak yang mengenang budi, anak-anak yang perihatin, anak-anak yang soleh dan solehah. bagi ibu bapa berdoa lah untuk kebaikan anak-anak. tatkala fajar subuh menyinsing, apa yang diidamkan tak seperti yang diimpikan, anak-anak yang dibesarkan umpama meniti di atas bara api, bagaikan meneguk minyak yang mendidih, seperti memakan duri selumbar. pedih dan perit tak terucap dengan kata-kata. hanya air mata yang mampu menjawab seribu pertanyaan ini.
sungguh perit untuk kita membuat suatu keputusan..keputusan tentang kebahagiaan kita.pepatah orang tua-tua pernah mengatakan terlajak perahu dapatku undur terlajak kata buruk padahnya, terlajak perbuatan binasa jawabnya.menyesal dahulu pedapatan,menyesal kemudian tiada gunanya. alangkah indahnya hidup ini seperti burung yang terbang melayang di awan biru. tapi sampai bila kebebasan itu dapat dinikmati? kebebasan bukan beerti kita boleh lakukan apa sahaja,ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa.
hm...kenapa kita yang cuba dekatkan diri dengan Allah akan diuji? ujian sebagaimana rupa? aku pernah terbaca dalam al-quran "tiada seorang pun yang betul-betul beriman jika tidak diuji terlebih dahulu" apakah maksud ayat ini? adakah kita beriman sedangkan kehidupan kita tanpa sebarang ujian? ya...nak buat baik memang banyak dugaan, macam-macam cobaan yang akan sentiasa melilit kita. contoh mudah la, nak bangun sembahyang subuh, pasti kita rasa liat nak bangun kan. rasa sedap je peluk bantal, rasa sedap je melingkar di bawah selimut tebal. begitu perit kan hidup ni untuk jadi seorang baik. bukan baik macam ustaz mahupun ustazah. sekadar untuk menurut apa yang dperintahkan Allah, amalkan yang makruf, tinggalkan yang mungkar.
Tuesday, March 9, 2010
perit dan jerih
Posted by gaban at Tuesday, March 09, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

9 comments:
salam.
aku dah agak ko ada tulis post sebab semalam aku dengar ada orang hentap keyboard kuat giler sampai dalam bilik pon boleh dengar..:)
ayat yang ko baca dalam al-quran tu surah al-ankabut, Allah ada sentuh pasal orang beriman,
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" - [ayat 2]
orang beriman ni adalah orang yang menuju Allah SWT, jiwa yang bersih dari dosa-dosa, tujuan untuk mendapat kerehdaan Dia juga, maka mesti la diuji dengan pelbagai dugaan untuk menguji sejauh manakah keimanan seorang itu sebab dah mengaku seorang yang beriman kepada Allah, maka mesti la Allah nak tengok ikhlas ke tak dan untuk menaikkan lagi keimanan kita kepada-Nya.
aku bagi contoh besar sebab ko dah bagi contoh kecik.
dulu ko single, mungkin ada something yang ko tersalah cakap pasal orang lain, maybe ko dah lupa, pastu sem ni ko pulak diuji dengan seorang awek, maka disini ko diuji sejauh manakah kata-kata ko dulu akan ko pegang, sejauh mana ko akan cuba mengelak untuk mentaati Allah SWT, batasan bukan muhrim yang kita penah bincang masa lepak kat mapley, apa yang ko akan buat jika ko ada awek, maka sebab ko dah pon tercakap benda yang baik maka Allah dah uji ko sejauh mana ko ikhlas dengan kata-kata ko, itu lah janji Allah kepada orang-orang beriman seperti dalam surah al-ankabut.
sekarang ko tanya diri ko, adakah aku dah memegang kata-kata aku dulu dengan Allah?, niat baik aku dulu dah aku tunaikan ke tidak? adakah aku telah terpesong melakukan maksiat secara tak sedar?
aku tak tahu apa yang ko buat ngan awek ko, tapi aku harap semuanya yang baik-baik, jangan sesekali ko melakukan maksiat kepada Allah SWT.
jangan sesekali jadi macam syair anak murid Imam Ahmad,
"Ketika Tuhan berkata kepadaku,
Takkah kau malu bermaksiat kepadaku?
Kau sembunyikan dosa dari makhlukku,
Tapi dengan penuh noda kau mengadapku?"
aku betol harap ko tak melakukan maksiat kepada Allah, sebab bagi aku ko adalah seorang yang beriman.
wallahua'lam.
salam..
maaf ingin saya mencelah sesuatu...
encik hansuke...
bagus coretan anda menerangkan maksud yang lebbih lanjut tentang ap yang cuba di perkatakan...
tapi tidak lah manis bagi saya untuk anda memberi sesuatu contoh dan iktibar yang menunding jari kepada sesiapa...kita memberi nasihat bukan untuk kita aib kan sahabat kita sendiri...biarlh kita merendah diri daripada merasa diri kita hebat
lampu yang disuluh biarlah menerangi hidup kita sendirir supaya x malap pula cahaya nya bile di kongsikan pada orang lain...
sya kagum dengan ilmu yang anda ad untuk memberi penjelasan yang sebegitu..
ilmu yang terpahat..haruslah di aplikasikan pada diri kita dahulu..munasabah lah diri supaya kita setaraf..alami lah ilmu supaya kita faham..ini adlah kata2 nasihat anda yang pernah anda berikan kepada seorang gadis dahulu..dan x salah sye memperingati anda kembali tentang kata2 itu...
.manusia biasa x pernah terlepas dari kesilapan..dan setiap ujian yang diberikan haruslah di hadapi dengan redha..bantu membantu nasihat menasihati amat lah bagus...tetapi haruslah berfikir dahulu sebelum bertindak..berkata2 dengan sopan dan elok...dan x perlulah mngaibkan sesesiapa..menegur itu baik supaya janganlah alpa..sebaiknya sebelum membetulkan cari lah dlu punca dan kebenarannya..jgn sangka air yang jernih tiada cuka..sesuatu yang indah tiada cela...kesabaran pun ad juga batasnya..
sebelum mengatur langkah..cari lah seseorang yang lebih peka..bertanya lah sesiapa yang lebih rapat dengan mereka jgn hnye menghakimi dengan pandangan mata..,.hati yang tersirat x dpt dibaca..perbuatan dh perilaku tidak semuanya berlaku di depan mata..x semua nya di tafsir oleh kita dengan tepat,.hanya tuhan yang tahu kebenarannya,.,
ini hanya coretan seorang gadis yang x lah se arif mane..
harap di maaf kan sekiranya tersalah kate..di tegur sekiranya ad kesilapan sy dlm mengatur kata2...sy juga manusia biasa,,
assalamualaikum
ini hnya sabuah pndangan seorang gadis yang x se arif mana...
kir@ah:
saya rasa kamu sudah salah tafsir. saya dan nizam macam adik-beradik, kalau saya tak tulis kat sini saya akan bincang secara depan-depan jika berkesempatan.
saya nak tahu, dimanakah ayat saya yang mengaibkan adik saya ni?
saya hanya berkata, saya berharap dia tak melakukan maksiat, dan bertanya ada ke tak niat atau pon perkataan yang dia cakap dulu tapi sekarang dia buat, itu semua pertanyaan kepada dia untuk difikirkan.
saya tak ada pon kompemkan dia ada cakap benda tu, saya cuma cakap mungkin dia penah cakap tapi dia lupa. kamu dah tersalah pandang dengan perkataan MUNGKIN yang telah saya highlightkan kat komen atas tu tidak sekali saya mengesahkan dia dah pon buat tapi MUNGKIN dia ada buat, begitu besar perbezaan tu.
maybe kamu tersilap tengok, maka takpe la.
bagi saya jika saya sayang seorang sahabat tu, adalah tanggungjawab saya untuk mengingati jika dia lupa, saya tak tengok dengan mata saya sendiri apa yang telah dia buat dengan kekasih dia, saya cuma boleh berharap yang baik-baik sahaja.
bagi saya jika mengaku beriman, haruslah mengingati dan jika perlu menasihati sahabat seperjuangan untuk kerehdaan Allah SWT, seperti yang kamu cakap manusia tak boleh lari dari kesilapan maka kena lah sesama mengingati.
sebelom kamu menanalisa seseorang tu dengan pendapat sebaik-baiknya kenal dulu orang tu sebetolnya, atau bertanya pada nizam siapa saya dan jenis macam mana saya yang sebenar.
jika seorang yang kamu sayang, cara berlembut memang diutamakan, tapi dalam menegakkan kebenaran kerana Allah SWT peringatan kepada yang kita sayang perlu lah ada sedikit ketegasan.
apa lah sangat ditegur seorang sahabat kerana Allah SWT untuk menuju syurga, dari dibiar begitu saja diheret iblis ke neraka jahanam?
terima kasih dengan teguran saudari, saya tahu kamu berniat baik. alhamdulillah.
maaf,,,sudah terlebih dahulu sy bertnya pasal kamu...oleh sebab ap yang di beritahu oleh rakan saya itu..memberi gmbaran seorang yang molek peribadinya..terasa terkejut pabila melihat anda bergerak untuk memberi ilmu dan memperingati secara begini..
dan mereke berdua juga sahabat sye,,dan maaf jika sy perkatakan bahawa sy lebih arif dengan ap sahaja mereka lakukan,,
bukan ingin katakan sapa yang bersalah..
cume xmanis untuk berkata2 disini...
bukan bermaksud nk berkata gebang..tapi x elok pabila memberi contoh itu dengan ad baur2 mengaib kan sahabat...
bukan mrh atau dengki cume ad yang berTANYA tentang PERNYATAAN anda,,x elok apabila coretan anda memconteng arang di nama sahabat..
saya hargai sahabat sya,,hnya ingin menyata ap yang sEpatut nya,.
sebab pabila membicarakan tentang kisah mereka..
maaf tapi mungkin saya lebih arif tentang baik buruk mereka...
x salah untuk memperingati..
cume haruslah mengunakan kaedah yang betul seperti penyataan anda sendiri....."apa lah sangat ditegur seorang sahabat kerana Allah SWT untuk menuju syurga, dari dibiar begitu saja diheret iblis ke neraka jahanam"
cara teguran yang anda bangkitkan x perlulah dibicarakan disini..anda sendiri mngaku bersahabat dengan dirinya..fikirlah cara yng lebih molek tnpa mengaibkan sahabat anda...kerana cara ini memnyumbang fitnah..
dan x enak untuk sahabat2 yang lain mendengar rakan nya di perkatakan begitu....
maaf sekali lagi...
salam
salam
aku sakit mata.
kirah jerk, pls dont jump to conclusion.
i re-read hansukeroma first comment again and again, and i could find any arang at all, let alone hansukeroma conteng arang on any people face.
and i want to ask u here, how long have u been knowing nizam? and how long hansukerome know nizam? and do u know hansukeroma at all? and do u know his intention while writing here? and how could you accusing him that he is purposely humiliating his own brother?
if we, as a muslim, or as a brother, doesn't have a right to tegur our own beloved brother in this world, we are NOT A GOOD MUSLIM/BROTHER.
it is better we tegur in the dunia, as we at least can change whatever wrong, coz in the akhirat is a place where change has no meaning at all.
after this, i want u to learn 2 things. learn to understand so that u wont misunderstand. and second, dont be a fucking judgmental person, coz u r no GOD!
salam
overall ur blog were nice gaban,
thre is no perfect person in the world,
kdg kala ad jew org budjet beriman tp ati tuhan jew tahu,
kdg kala org tuh mcm xdew iman ati sape tahu????
kite manusia xtahu babe...
cobaan demi cobaan tuh adalh satu ujian kita didunia dekat akhirat akan dihitung.
manusia sesama manusia igt mengigati antara satu sama lain,
ustat dan ustazah adalh guru yg memberi tunjuk ajr pada kita sinonim dengan guru.
kita ni manusia sbg hmba allah tuh kena tentukan hala tuju kita,
jangan ikutkan hawa nafsu...semata-mata
nafsu bley hncurkan iman,
nafsu bley porak-perandakan sesama manusia,
nafsu tu ad dlm diri setiap manusia,
yg penting skali kawal lah nfsu anda:)
ak bukan chaiya sgt bab agama tp xar jahil,
setiap hari ak blaja jgk ni stkt yg ak bley komen...
last punya..
sume ad nafsu tp boleh kwl x.?
sume ad iman cuma kuat ke x jew?
sume didunia xda yg sempurna tp ad org berlagk sempurna?
sume didunia hamba kepada allah tp adkah taat ats perintahnya?
sume manusia ada ego masg2 cuma xtahu mcm mne bentuk ego mereka.
jd lupikirlah sendiri as'kum:)
selamt berblogging
mr...neva said tht he is wrong read his statement plz...
am just saying...tht it is not a nice way for him to state tht here...n if he want to give advise..plz go on..the door for improvement is always open for any human being...
am saying this,,n am against him because wut he had said here made a few conclusion n sum rumors hanging around his BROTHER,,,as u may said earlier it is neva wrong for him to help n advise but it is wrong when the he does it ..just happen to make the name of his own BROTHER at risk of being critic..
dan sye sendiri x merasakan sesiapa sahaja di dalam dunia ingin nama nye di salah anggap..sekiranya sye yang tersalah pandang harap maaf..
juka anda melihat mengikut mata saye n mungkin mata ADIK anda itu sendiri bukan kah anda berasa kecewa sekiranya teguran yang sepatutnya membina hanya membuat nama nya diburuk burukkan..
anda dn sesiapa sahaja juga tidak ingin nama nya tibe2 di aib kan oleh kerana sebuah coretan yang menjadi tnda tnye...
saya tidak mnyatakan menasihati ADIK nya itu salah..
tapi akibat caranya menasihati ADIK nya itu membuatkan SAYA sendiri terdengar dan terpaksa mnjawap soalan2 yang memburukkn ADIK nya itu..
saya rase bukan kah tidak elok...
apabila ianya menyebabkan namanye menjadi bahan sebutan yang agak tidak senang..
jika sahabat2 sekalian mengaggap sebagai ADIK BERADIK..bukan kah anda seharusnya melindungi die supaya tidak tersilap langkah..oleh keranan itu anda menegur..
but as BROTHERS u also have to protect his name n his dignity...bukankah kite sume berkait,,,sekiranya anda mangaggap seperti ADIK...anda mesti tidak suka sekiranya nama adik anda diperkatakan org...peribadi nya di ragui
sy memeberitahu ini oleh kerana telah saye sndiri dengari bunyi bunyian yang tidak disenangi oleh kerana coretan ABG kepada ADIK nya...
am just a friend n just sumone who observe...
dan sebagai sahabat tidak enak bagi sy untuk mendengar bunyi bunyian ini ..
sekiranya anda rase sy salah untuk menasihati sye mintax maaf..dh sekiranya anda tidak kesah bunyi bunyian itu terus membingit..itu bukan untuk saya hakimi..
sekira ad yang terguris harap di maafkan...
akhir kata jaga lah nama baik anda..
assalamualaikum
salam.
amar, sabar bro.
aku pon berkali-kali baca balik apa aku tulis, takut-takut aku dah tersalah tulis dalam komen aku yang pertama, tapi bila baca banyak kali aku hanya dapat kesimpulan yang aku hanya 'memperingati' si nizam 'jika' ada atau tidak perbuatan yang dilakukan disebabkan dia kata dia diuji Allah SWT.
aku takda pon kata dia dah pon lakukan sesuatu seperti menunding jari (mengaibkan kawan) seperti yang dibangkitkan si kirah, tak sekali pon aku terlintas untuk mengaibkan rakan kita ni sampai ada yang bertanya dan gosip si nizam seperti si kirah ni.
selepas komen kirah ni, aku terfikir, kenapa nak besarkan hal ni jika ia sesuatu kebaikan?
aku rasa ini semua cuma salah faham saja.
aku ada terfikir juga, ada something yang tak baik ke berlaku yang kita tak tahu? sebab bila aku memperingati nizam akan kebaikan (bukan menuduh), seolah-olah disembur dan diserang begitu hebatnya, seolah-olah ingin menutup sesuatu (aku dah mushkil ni).
sebagai umat nabi muhammad (SAW) kita seharusnya mengikuti ajaran beliau dan salah satu disini ialah berdakwah (mengingati) sama sendiri.
ada banyak cara berdakwah, ada lembut dan ada keras, dan ada ketegasan, tak perlu aku cerita panjang semua orang mungkin dah tahu.
approach yang aku gunakan disini ialah ketegasan untuk memperingati si nizam, dan aku rasa tak salah pon dari segi agama, sebab niat aku bukan untuk mengaibkan si nizam, tak penah sekali pon! sebab yang memfitnah itu amalan syaitan!
kirah, dengan komen kamu yang begitu hangat (seperti seorang yang marah). saya minta maaf jika komen saya ada mencetus kemarahan kamu.
tapi disini ada timbul tanda tanya kepada saya, apa sebenarnya kamu ingin tegakkan atau protect? sebab jika kamu rasa saya ingin mengaibkan rakan sendiri, bahawasanya kamu sudah salah. jangan menuduh yang bukan-bukan kepada saya sebab ia boleh jadi suatu fitnah, dan saya rasa kamu dah tahu betapa Allah membenci orang yang membuat fitnah.
dan berkali-kali saya katakan kepada kamu. saya hanya memberi suatu peringatan, apa lagi sebenarnya yang kamu tak puas hati?
sambungan,
ok, nizam takda kesalah maka kenapa kamu yang seolah-olah berlebih mengatakan sesuatu. saya tahu nizam baik dan tak ada sekali pon dalam komen saya yang mengatakan sebaliknya sampai ada yang bertanya-tanya atau gosip seperti yang kamu bangkitkan.
benda yang begitu kecil sampai kamu putar belikkan menjadi ia begitu rumit sekali kerana tuduhan kamu terhadap saya itu lah sebenarnya saya rasa telah pon membuat orang fikir lain dari komen saya yang sebenar.
seperti yang saya katakan, saya tak pernah menunding jari kepada nizam sebab saya memperingati si nizam bukan mengata kepada beliau.
saya tegas sekali lagi, saya tidak penah berkata atau menuduh sapa-sapa, dan kamu ada kata dalam komen kepada amar saya "menasihati" si nizam adalah salah. sebenarnya saya mengingati beliau. baca balik jika tak percaya.
sebab jika saya 'menasihati' dia, maka sah lah kamu mengatakan saya telah pon mengaibkan nizam, tapi kamu dah silap baca sebenarnya apa yang saya tuliskan kat atas tu.
yang memperbesarkan isu ini ialah kamu sendiri sebab seperti yang saya katakan saya tak penah ada niat untuk mengata dan tiada ayat-ayat yang saya tuliskan pada komen pertama mengatakan buruk si nizam, yang mengatakan sebaliknya ialah kamu sebenarnya, jika kamu tak percaya kamu baca balik komen2 diatas, kamu yang menuduh saya berkata yang bukan-bukan kepada nizam, tapi saya sebenarnya mengingati nizam dan bukan menuduh.
saya harap kamu sedar akan salah faham ini. dan komen panjang lebar ni, bukan berniat untuk menang, atau untuk membuat kamu marah, tapi hanya untuk menyedarkan kamu saja akan salah faham ini.
saya kecewa sebenarnya, niat baik saya dah disalah ertikan hanya kerana tersalah tafsir komen yang saya berikan.
saya minta maaf sebab mungkin penggunaan bahasa melayu saya yang banyak kurangnya sampai ada yang dah tersalah tafsir bila dibaca.
jika kamu tidak puas hati saya berani mengatakan dan menjelaskan didepan kamu satu-persatu apa yang saya maksudkan dengan komen saya.
akhir kata, saya maafkan kamu sebab menuduh saya mengaibkan nizam.
wallahua'lam.
Post a Comment