deruman enjin ex5 membingitkan suasan pagi yang indah, memacu perlahan di atas jalan raya membawa bersama si teman subuh menuju surau al mutmainnah. suasana pagi yang amat dingin menyegarkan kelopak mata yang ingin sangat untuk terpejam.
sekali lagi deruman enjin itu memecah keheningan fajar tatkala subuh melabuhkan tirainya, sayangnya bagi yang tak berkesempatan subuh. menangis iman meronta minta diampunkan dosanya. bersama sahabat-sahabat yang lain deruman tersebut tiba-tiba tenggelam ditelan bunyi-bunyi riuh sahabat yang lain, masing-masing menujui destinasi yang tersendiri.
mentari mulai menyinar menerangi hamparan dada bumi yang indah dan penuh dengan kecantikan serta keunikkannya tersendiri. bergerak laju menujui ke destinasi, ex5 itu terus memacu tanpa menghiraukan sahabat yang sebangsa denganya. tanpa mengendahkan kemampuan diri ex5 tersebut terus memotong apa sahaja kenderaan yang kelihatan perlahan pada pagi itu.
tiba di destinasi yang ditujui, tanpa melengahkan masa sekali ex5 ku terus memecut laju bersaing bersama yang lain menujui destinasi yang seterusnya. sangat ku kagum dengan kemampuan ex5 ku ini, walaupun baru sahaja bersama ku beberapa bulan, tetapi antara kami seakan ada persamaan kimia itu. tak pernah meragam walaupun ku tahu enjin nya kepanasan melampau.
sedihnya, aku telah curang terhadapnya pada suatu ketika dahulu, ku berjanji tak akan ada siapa selain aku dan dia. aku minta maaf wahai ex5. biarlah kenangan pahit itu menjadi peringatan dan perngajaran yang terbaik untukku belajar dan membetulkan kesilapan ku terhadapmu, emak dan abah serta adik beradikku. indahnya kaca tapi berbisa.
tatkala mentari terik di atas umbun kepala, sekali ex5 ku memecut laju di sepanjang jalan tuanku abdul rahman dan raja laut. baru ku tahu sebenarnya halal dan haram. menitis air mata imanku mengingatkan ku kisah lalu yang mencerminkan aku sama seperti mereka yang lain di atas moto itu. tak ubah seperti aku sedang memboncengkan seekor babi pada suatu ketika dulu. astaghfirullah al'azim!!! maha besar Allah, maha suci Allah, aku berdosa terhadapMu, ampunilah dosa-dosaku Ya Allah.
betapa kerdilnya aku di dunia Mu, ibarat setitik dakwat hitam di tengah lautan, walaupun bersama teman yang lain begitu rendahnya nilai erti diriku. aku ibarat seperti insan yang tak tahu apa-apa. betapa naifnya diriku, seolah-olah tiada tercermin lansung kepandaian di raut wajahku...tak mengapa biarla arus masa ini yang menentukan. biarla aku merendahkan diriku, membawahkan standard aku, supaya tiada insan yang akan tergugat kedudukan mereka berbanding aku..
arus arena pembelajaran terus melenyapkan ku di dalam sana, tatkala kepala dilangut terus pantas ditekan kembali kebawah, aku tak bisa mendongak, menegakan apa yang hendak di utarakan. ada sahaja sentimen-sentimen yang mematahkan semangatku. corakkan langkah yang terus berwarna terus mewarnai arena hidup perlu lagi diberanikan untuk terus melangkah dan terus berlari ke hadapan.
ijazah sarjana muda genggaman aku seterusnya, berdedikasi, berwawasan dan istiqamah adunan pembelajaran seterusnya, nota-nota penting, jadual belajar yang sistematik ramuan pembejaran berterusan. di samping membanyakkan solat-solat sunat, selami isi kandung al-qur'an dan mendirikan tiang agamaku, berpuasa untuk mendidik nafsuku...
sekian..


2 comments:
huhu...sedih bila aku baca balik post ni, naif san bodoh betol aku ni. :)
salam.
lupakan yang dah berlalu.
Allah masih sayang jika Dia sentiasa memberikan ujian kepada orang beriman.
kita manusia yang selalu lupa. tak akan terlepas dari melakukan dosa.
teruskan mencari Nya. berdoa kepada-Nya, meminta pertunjuk yang benar dan bimbingan yang haq. insya Allah.
yang paling penting kita kenal siapa diri kita yang sebenarnya, insya Allah selamat dunia akhirat.
selamat berjaya bila masuk degree.
wallahuala'lam.
Post a Comment