maaf...
suatu ungkapan yang begitu berat untuk diucapkan apatah lagi untuk dinyatakan, dek kerana ego yang begitu membuak dalam diri seseorang membuatkan dia berasa tiada ertinya maaf itu diucapkan. insan yang penuh dengan sifat ego ini sebenarnya mencari hala tuju hidup yang tak menentu sebenarnya. kerana apa yang dicari sentiasa tak pernah ditemui. dirinya ibarat dibaluti oleh sesuatu yang tidak membenarkan dirinya dan matanyna untuk merasai dan melihat sesuatu itu dengan lebih bermakna. apa yang ada didepan matanya hanyalah apa yang dia pandang dan lihat. jika putih, dikatakannya putih. jika hitam dikatakannya hitam. sedangkan insan yang turut sama berada di sekelilingnya merasakan apa yang dilihat itu harus dilihat dengan pandangan yang lebih matang dan rasional.
ego...
sikap dan perangai yang saling tak tumpah ibarat iblis dan syaitan. kerana sifat ini manusia menjadi angkuh. yang mungkar dikatakanya makruf. dan apa yang salah dikatakanya benar. ini semua hanya sifat ego yang telah membutakan mata, menggelapkan hati, meracuni fikiran manusia yang masih berdamping dengan sifat ego. kerana sifat ego manusia enggan mengaku yang dirinya itu salah, kurang pandai dan sebagainya yang sewaktu denganya. malu bertanya sesat jalan kan? hah..ini lah sifat ego yang selalu kita lihat, bukan saja dalam konteks bertanyakan jalan., tak kira la apa pun sekurang-kurangnya bertempatlah nak tunjuk keegoan tu.
diskriminasi...
suatu tindakan agak kurang pandai yang sering kita lihat insan zaman sekarang yang masih mempraktikan lagi tindakan ini. di mana tindakan yang kurang pandai ini kita dapat lihat ketika zaman kanak-kanak dahulu. dalam tak sedar kita yang dikatakan sudah menjangkau usia yang boleh berfikir masih keanak-anakan lagi. contohnya ; zaman kanak-kanak dulu jika kita tak suka budak tu, kita akan menghasut kawan-kawan yang lain supaya jangan berkawan dengan budak tu. hm...sedihnya segelintir antara kita masih menyimpan dan mengamalkan sifat itu. entah di mana cermin dirinya mengabui mata yang memandang. segelintir antara kita gagal untuk melihat perkara tersebut. sedangkan ada antara kita menidakkanya, seperti cakap tak serupa bikin.
shhh...
lebih baik kita pilih untuk tidak berkata atau ucap apa-apa. kerana manusia zaman sekarang lebih gemar mendengar adu domba daripada kesahihan sebenar perkara. jika diberi pilihan antara benar dan palsu, aku rasa manusia sekarang lebih gemar yang palsu. itu hanya pendapat aku. aku tak membuat kesimpulan kasar di sini. harap jangan ada yang menyalah tafsir. contohnya ; budak sekolah B jahat, jadi semua budak sekolah B jahat. betol ke? tak kan, so kita jangan lah membuat kesimpulan hanya berdasarkan apa yang kita nampak dengan mata kasar. kita haruslah menilai sesuatu dengan lebih mendalam.
pelangi...
indah kan jika kita lihat pelangi. tapi pelangi tak selalu muncul kan. suatu yang indah itu memang jarang untuk kita temui. tapi janganlah kita mempersiakan sesuatu yang indah di depan mata hilang begitu sahaja. selagi ia bermakna untuk kita hargailah ia. selagi dia bernyawa sayangilah dia. selagi apa yang kita miliki itu bermakna jagalah ia. ibarat pelangi yang hanya muncul bila hujan di siang hari reda. tercipta dari biasan titisan air di udara. terindah pemandangan yang Maha Esa jadikan. sebagai tatapan mata, santapan rohani, dan mainan minda. walaupun pelbagai warna yang terkandung dalam pelangi itu, seperti merah,jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu. kita tetap panggil dengan satu nama saja 'PELANGI'
Thursday, April 22, 2010
megod ship
Posted by gaban at Thursday, April 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
salam.
good post jam.
aku tak nak tambah apa-apa, nanti di fitnah oelh sesetgh pihak.
yang paling penting kita teruskan hidup kita macam biasa. tak rugi apa-apa pon.
Allah SWT sentiasa dengan orang beriman. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. tak perlu dengar pon apa orang lain kata jika kita tahu kita benar kerana Allah.
kita tahu, sifat selain dari sifat istimewa Allah adalah sifat yang datang dari syaitan dan iblis. tak perlu kita terikut dengan sifat yang paling Allah Taala tak suka.
akhirnya apa yang kita cari sebenarnya dalam hidup? jawapannya, redha Allah.
wallahua'lam.
salam....kwan2 yg diredhai allah sume.
ak bukn nk msk cmpr urusan korg sume...
ak ni sedr bahawa ak hanya insan yg hina disisi allah.
jadi dgn ni ak ambil kptsn bhawa hentikan lh peperangan nih...ckup2 lh tuh...
da brape ari korg xbertegur sape.?
sampi bile.?
kiamat?
biarlh slh sorg bertlk ansur...
tlg ar weyh ak merayu...
xsanggup ak tgk korg 1 rumh yg di anggap syurga tp sebenarnya mcm neraka...
tlg ar weyh....
xkn ar bile org tuh da xde br korg nk menyesal....?
ak bkn sebelah sape2 k...!
kematangan terletak pd pemikiran,perangai dan mcm2 lg karakter bkn org sempurna kwn..
ADUH!!!!!!!!!
tlg ar weyh....
mne kecerian selama nih.?
mkn nsi 1 periuk?
lauk 1 pinggan?
tido 1 rumah?
gurauan yg dlu lenyap?
kecerian HARAM xde ape ni sume?
SUKA SGT KEW KORG MCM TUH???
ak ni tgk lme da....nk ckp jd serba slh..
ak tau ar ak bkn bdk umh...
tp smpi bile???
jd HOPE sgt k...
Post a Comment