dari tapak kaki sebasar dua jari,
hidup ini mula dibentuk,
diasuh dengan sebaik mungkin,
diajar dengan sebaik cara,
si kecil dengan pelbagai warna perangai,
dilayan dengan penuh kesabaran,
tak pernah mengenal erti penat,
si kecil terus di beri sepenuh kasih sayang,
tatkala mengenal erti duniawi,
bongkak sungguh langkahnya,
mendabik dada tanda keegoan,
lancang mulutnya berbicara,
si tua itu dimakinya,
si tua itu ditendangnya,
si tua itu diancamnya,
si tua itu dibiarkan bersepahan di jalanan,
menitis air mata ibu,
menahan sebak pilu,
mengenang nasib diri,
merempat di tempat sendiri,
bila kau pergi meninggalkan dunia,
titisan air mata menjadi ratapan,
pemergian insan yang disayangi,
pergi buat selamanya,
tak ada gunanya meratapi pemergian itu,
melinangkan air mata darah,
menyirami pusara ibu dengan air mata,
mustahil untuk mengembalikannya semula,
jadilah anak yang soleh,
sentiasa ada tatkala suka dan duka,
selagi hayat dikandung badan,
berbaktilah untuk ibu,
who should i love most
after Allah and Rasulullah
comes your mother
your mother
your mother
and then your father
kerna syurga itu di bawah telapak kaki ibu
tak cium syurga derhaka kepada ibu
p/s : jom kita pakat-pakat telefon mak dan abah, if kita duk jauh dari mereka, dan yang dekat tu balik la jenguk k. bagi yang dah tiada jom kita sedekah kan Al-fatihah... :)
Saturday, April 24, 2010
bila hujan menitis
Posted by gaban at Saturday, April 24, 2010 0 comments
Thursday, April 22, 2010
megod ship
maaf...
suatu ungkapan yang begitu berat untuk diucapkan apatah lagi untuk dinyatakan, dek kerana ego yang begitu membuak dalam diri seseorang membuatkan dia berasa tiada ertinya maaf itu diucapkan. insan yang penuh dengan sifat ego ini sebenarnya mencari hala tuju hidup yang tak menentu sebenarnya. kerana apa yang dicari sentiasa tak pernah ditemui. dirinya ibarat dibaluti oleh sesuatu yang tidak membenarkan dirinya dan matanyna untuk merasai dan melihat sesuatu itu dengan lebih bermakna. apa yang ada didepan matanya hanyalah apa yang dia pandang dan lihat. jika putih, dikatakannya putih. jika hitam dikatakannya hitam. sedangkan insan yang turut sama berada di sekelilingnya merasakan apa yang dilihat itu harus dilihat dengan pandangan yang lebih matang dan rasional.
ego...
sikap dan perangai yang saling tak tumpah ibarat iblis dan syaitan. kerana sifat ini manusia menjadi angkuh. yang mungkar dikatakanya makruf. dan apa yang salah dikatakanya benar. ini semua hanya sifat ego yang telah membutakan mata, menggelapkan hati, meracuni fikiran manusia yang masih berdamping dengan sifat ego. kerana sifat ego manusia enggan mengaku yang dirinya itu salah, kurang pandai dan sebagainya yang sewaktu denganya. malu bertanya sesat jalan kan? hah..ini lah sifat ego yang selalu kita lihat, bukan saja dalam konteks bertanyakan jalan., tak kira la apa pun sekurang-kurangnya bertempatlah nak tunjuk keegoan tu.
diskriminasi...
suatu tindakan agak kurang pandai yang sering kita lihat insan zaman sekarang yang masih mempraktikan lagi tindakan ini. di mana tindakan yang kurang pandai ini kita dapat lihat ketika zaman kanak-kanak dahulu. dalam tak sedar kita yang dikatakan sudah menjangkau usia yang boleh berfikir masih keanak-anakan lagi. contohnya ; zaman kanak-kanak dulu jika kita tak suka budak tu, kita akan menghasut kawan-kawan yang lain supaya jangan berkawan dengan budak tu. hm...sedihnya segelintir antara kita masih menyimpan dan mengamalkan sifat itu. entah di mana cermin dirinya mengabui mata yang memandang. segelintir antara kita gagal untuk melihat perkara tersebut. sedangkan ada antara kita menidakkanya, seperti cakap tak serupa bikin.
shhh...
lebih baik kita pilih untuk tidak berkata atau ucap apa-apa. kerana manusia zaman sekarang lebih gemar mendengar adu domba daripada kesahihan sebenar perkara. jika diberi pilihan antara benar dan palsu, aku rasa manusia sekarang lebih gemar yang palsu. itu hanya pendapat aku. aku tak membuat kesimpulan kasar di sini. harap jangan ada yang menyalah tafsir. contohnya ; budak sekolah B jahat, jadi semua budak sekolah B jahat. betol ke? tak kan, so kita jangan lah membuat kesimpulan hanya berdasarkan apa yang kita nampak dengan mata kasar. kita haruslah menilai sesuatu dengan lebih mendalam.
pelangi...
indah kan jika kita lihat pelangi. tapi pelangi tak selalu muncul kan. suatu yang indah itu memang jarang untuk kita temui. tapi janganlah kita mempersiakan sesuatu yang indah di depan mata hilang begitu sahaja. selagi ia bermakna untuk kita hargailah ia. selagi dia bernyawa sayangilah dia. selagi apa yang kita miliki itu bermakna jagalah ia. ibarat pelangi yang hanya muncul bila hujan di siang hari reda. tercipta dari biasan titisan air di udara. terindah pemandangan yang Maha Esa jadikan. sebagai tatapan mata, santapan rohani, dan mainan minda. walaupun pelbagai warna yang terkandung dalam pelangi itu, seperti merah,jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu. kita tetap panggil dengan satu nama saja 'PELANGI'
Posted by gaban at Thursday, April 22, 2010 2 comments
Wednesday, April 14, 2010
aplikasi janji melayu
berbual mengenai apa yang tersurat dan tersirat selalunya membuatkan seseorang berfikir sejenak dengan apa yang telah beliau lakukan. tapi tak semua orang ada perasaan itu untuk berhenti sejenak dan berfikir dengan apa yang telah dinyatakan.
seorang yang beriman, seorang yang menyayangi keluarganya, seseorang yang menyayangi kedua ibu bapanya akan berfikir terlebih dahulu dengan apa yang bakal dilakukan. itu tandanya insan tersebut menyayangi dengan apa yang dia miliki sekarang, akan datang, telah pun dimiliki.
tapi sayangnya tak semua insan begitu, selalunya kesilapan diri sendiri akan ditutupi dengan alasan yang sememangnya dah lapuk dek zaman dan usang dipuput masa yang berlalu "kita manusia, tak lari dari buat kesilapan"
hanya manusia yang selalu berkesilapan saja berani cakap macam tu. diri sendiri tak pernah nak dipersalahkan, yang bengkok tetap nak diluruskan. yang lurus tetap dibiarkan begitu saja. mana ada manusia yang berani tegakan kebenaran zaman sekarang. biar ditekan malah dipijak tetap bertahan.
konsep mana yang kita kutip pakai? demokrasi? tidakkah itu satu sistem yang amat tidak adil? jika 9 dari 10 orang berpakat? manusia yang namanya melayu sering tertipu dengan sistem ini. jika kita berdemokrasi ke arah kebaikan tak salah.
melayu? jika sebut melayu kita sering dikaitkan dengan ikatan perkataan "JANJI", apa yang spesial sangat dengan word ni? jika betul seorang itu betul mungkir janji, tak apalah nak cakap dia JANJI MELAYU kan.
situasi 1;
A : B jom tengok wayang kat Time Square petang ni, pukul 3
B : ok ja, petang ni kita jumpa kat sana.
3petang, A menunggu B yang masih belum muncul2. jam ditangan dah pukul 4ptg....adakah ini janji melayu???
situasi 2;
C : ok D sok ptg lepas kelas kita kelas tu sama2
D : ok C
keesokannya, C ni rushing sikit banyak kerja nak kena buat, dah la minggu depan exam. so dia tak mau buang masa yang tinggal. jadi dalam kul 11.30pg C bersama E ke kedai yang dia nak pegi dengan D. pegi kedai sulaman. C nak sulam nama kat baju team futsal dia, C takut tak sempat. C tak tau yang sulam nama tu leh siap cepat. jadi dia bersama E tunggu sampai siap. sebelum kul 2 C dah sampai umah coz dia dah berjanji dengan D nak pegi kedai tu jugak. sampai umah D dapat tau C dah pegi dulu, dan D touching. C dah cakap janji kul 2 kan, coz kelas pagi td C tak pegi. D ada kelas time tu. hm...D cakap C ni cam JANJI MELAYU??? di mana JANJI MELAYU tu?
Posted by gaban at Wednesday, April 14, 2010 9 comments
