hidup ini ada pelbagai cara untuk di adaptasikan. cuma terpulang kepada individu-individu yang mengolah cara kehidupan mereka. sekiranya adaptasi dari sumbar yang baik maka baiklah cara kehidupan seseorang itu. jika sebaliknya maka jadilah yang sebaliknya pula.
mana ada insan di muka bumi ciptaan Allah ini inginkan kehidupan yang tidak cukup serba serbi, dan insan mana pula yang namanya manusia tidak pernah mengeluh menjalani kehidupan ini. cubalah kita renung ke masa belakang, siapa kita sebelum ini?
kita hanya manusia yang kerdil di muka bumi ciptaan Allah, telah terbukti dari proses kejadian manusia itu sendiri. Nabi Adam dijadikan dari sumber berasaskan tanah. manakala kita manusia dari setitis air mani, kemudian bergumpal menjadi seketul daging, kemudian ditiupkan roh, diberi rupa paras, dan diizinkan untuk menatapi wajah kehidupan sebenar.(maaf if tak lengkap sal kejadian manusia)
mengapa ada di antara kita tak nak menoleh ke belakang? sedangkan ia satu formula untuk kita menilai tahap diri kita sebenarnya. di mana kelemahan kita, di mana salah dan silap kita.
pencorakan kehidupan sebenarnya bermula dari pengadaptasian kehidupan yang lain, seorang anak yang soleh pasti di adaptasi dari seorang bapa dan ibu yang soleh dan solehah. maka tak salah dalam kehidupan ini kita mengadaptasi cara kehidupan yang kita nampak baik di sisi Allah.
tapi aku tak paham dengan kata-kata segelintir masyarakat kita mahupun rakan-rakan kita sendiri.
nizam : aku tak pasti la, nak luah mati mak nak telan mati ayah
naizem : hang tak pikir orang lain, "be your self"
aku tak paham kenapa ayat itu sering menjadi kata-kata semangat untuk mereka yang low confident, sedangkan bagi aku, mereka ini perlu pengadaptasian kehidupan yang betul. janganlah kita terus membiar mereka mengadaptasi dari sumber yang salah.
yang semoleknya berkawanlah dengan nur, jauhilah diri dari api.
to be continue...
Thursday, March 25, 2010
adaptasi kehidupan
Posted by gaban at Thursday, March 25, 2010 0 comments
Monday, March 15, 2010
luka lamaku...
salam semua...
maaf ye, post ni sikit menyentuh hatiku tapi aku xtau nak citer kat sape. so aku citer la dalam laman blog aku. aku just nak kongsi citer. bukan maksud aku nak pertikai qada' dan qadar' Allah.
semua peristiwa dalam hidup kita dah ditentukan Allah terlebih dahulu, macam dalam filem la. kita ni macam pelakon di muka bumi ciptaan Allah. sebagai insan yang kurang sempurna. mencari kesempurnaan tu bukan mudah. tambah-tambah bila berhadapan dengan pelbagai ujian.
semua orang nak rasa macam mana bercinta kan? aku pasti sapa saja pun nak rasa perasaan tu. setiap pasangan yang bercinta pasti idamkan hubungan yang romantis kan. seperti kita berlayar di atas kapal yang berlayar dilautan yang tenang dan aman. yang meredah lautan begitu sahaja tanpa sebarang masalah. sekali-sekali dipukul ombak tak mengapa.
pernah tak terfikir nak bercinta ketika musim tengkujuh sambung lak musim kemarau dan musim banjir. maksud saya, percintaan yang bergelora dilambung ombak badai dipukul ribut taufan di tengah lautan. kuat ke kita nak hadapi semua tu? apa kesudahan citer kejadian ni..tak ramai nakhoda yang berjaya hadapi fenomena ni.
semestinya setiap pasangan nak sangat bercinta ketika musim panas, musim salji, dan musim panas. mesti bahagia kan? tapi kenapa, setiap kali pembinaan alam percintaan yang dibina ni sama je. ibarat dipermainkan aje. lebih kurang setahun yang lalu percintaan yang dibina berkat kesabaran tahap gabanku, akhirnya kukuhan percintaan tu roboh sendiri.
ape salahku?
ape silapku?
aku xlayak ke tuk bercinta?
untuk insan yang aku sayang. if baca post ni, satu je aku nak dia tau. aku sayang dia, dialah kehidupan ku.jangan la layan aku macam ni. aku pun insan biasa juga. if nak uji kejujuran dan keikhlasan cinta ku padamu. jawapan itu sudah pun kau temui sayang....
Posted by gaban at Monday, March 15, 2010 0 comments
Sunday, March 14, 2010
ngumpat ke???
betol atau tidak??
seseorang yang menulis atau menceritakan sesuatu pasti ada sebab...menulis kerana apa yang dialami ataupun alamian kejadian orang lain.di sini aku pun terpikir, ada orang yang menulis mengenai seseorang untuk dijadikan iktibar, ada orang menulis kerana geram...nak bantai orang yang dia geram tu melalui penulisan yang berunsurkan apa-apa aje, janji hati dan perasaan si penulis tenang...
dan ada pula yang menulis tentang diri sendiri, apa yang dialaminya. lebih kurang macam diari la, tapi sekarang dalam bentuk yang lebih canggih. dulu kalau tulis diari, berpuluh-puluh buku. ada pula yang sanggup beli buku siap ada pengunci lagi. ni kes tak nak orang baca la..hehe...
hm..tapi apa pun cara penyampaian tu biarla tak berunsurkan perpecahan sesama kita..ya ramai yang tak sedar bila bercakap tu tak pikir dulu, tapi perlukah berpikir dengan apa yang diperkatakan, dan dipertuturkan? ya orang cakap, baik diam aje dari mencelah atau menyampuk apa yang orang gebangkan. takut-takut apa yang kita luahkan, tuturkan itu jadi ingatan sebagai bahan ngumpat je.
memangla selalunya macam tu, eh aku tak kutuk sapa k, aku tak gosip sapa-sapa k...tapi perkara sebenarnya kita mengata orang, kita mengutuk orang...aku pun ada buat salah, aku pun tak lari dari bercerita tentang orang..tapi apakah sebabnya yang menyebabkan kita bercerita tentang orang tu, mengata tentang diri seseorang?
bagi aku, bila kita mula bercerita tentang seseorang tu, mesti ada yang tak kena dengan apa yang orang tu lakukan atau tuturkan, manusia yang bukan sikapnya seperti burung murai tak akan mencanang dan menjaja nama orang lain kan. itu la yang tak sedap didengar kan, kita tak mau berbalah secara dalaman. tapi konflik tu wujud sendiri. berbelah-belah pihak menegakan yang depa ni di barisan yang lurus. macam mana lak orang yang di barisan tak lurus ni? kekadang kita tak boleh hukum yang kita ni tak pernah mencuri, merompak, dan buat apa aje benda jahat tu baik dari orang yang jahat ni. betol kan, ada orang baik tapi baik dia dengan Allah ja, solat tak tinggal, puasa cukup, solat sunat tapi macam mana lak silaturrahim dengan sesama manusia ni? dan orang yang jahat sudah pasti jauh sekali dari Allah, tapi silaturrahim sesama manusia tu akrab sekali, walaupun dia tak baik orangnya. iman ada dalam hati setiap manusia, nur pasti menerangi hati itu suatu hari nanti. Allah Maha Adil dan Allah itu bukan untuk orang yang baik sahaja..
wassalam...
Posted by gaban at Sunday, March 14, 2010 1 comments
Tuesday, March 9, 2010
perit dan jerih
setiap orang pasti mengalami saat yang memerihkan...apatah lagi memeritkan,tentu sekali mendatangkan kesan yang amat pedih kat hati.terasa dada ni macam nak meletup dibuatnya.
seorang ibu pasti terasa perit jerih kehidupan, tatkala terpaksa berganding bahu bersama suami bagi membesarkan anak-anak tercinta. tapi semua itu perngorbanan yang amat bernilai apabila semua itu dibalas dengan kejayaan anak-anak di hari muka. membawa pulang bukan setakat segulung ijazah,master mahupun phD tetapi membawa pulang harapan kehidupan yang lebih bermakna untuk kedua orang tua mereka. bayangkan jika kita berada di situasi itu, tak bangga ke kita masa tu? melahirkan anak-anak yang mengenang budi, anak-anak yang perihatin, anak-anak yang soleh dan solehah. bagi ibu bapa berdoa lah untuk kebaikan anak-anak. tatkala fajar subuh menyinsing, apa yang diidamkan tak seperti yang diimpikan, anak-anak yang dibesarkan umpama meniti di atas bara api, bagaikan meneguk minyak yang mendidih, seperti memakan duri selumbar. pedih dan perit tak terucap dengan kata-kata. hanya air mata yang mampu menjawab seribu pertanyaan ini.
sungguh perit untuk kita membuat suatu keputusan..keputusan tentang kebahagiaan kita.pepatah orang tua-tua pernah mengatakan terlajak perahu dapatku undur terlajak kata buruk padahnya, terlajak perbuatan binasa jawabnya.menyesal dahulu pedapatan,menyesal kemudian tiada gunanya. alangkah indahnya hidup ini seperti burung yang terbang melayang di awan biru. tapi sampai bila kebebasan itu dapat dinikmati? kebebasan bukan beerti kita boleh lakukan apa sahaja,ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa.
hm...kenapa kita yang cuba dekatkan diri dengan Allah akan diuji? ujian sebagaimana rupa? aku pernah terbaca dalam al-quran "tiada seorang pun yang betul-betul beriman jika tidak diuji terlebih dahulu" apakah maksud ayat ini? adakah kita beriman sedangkan kehidupan kita tanpa sebarang ujian? ya...nak buat baik memang banyak dugaan, macam-macam cobaan yang akan sentiasa melilit kita. contoh mudah la, nak bangun sembahyang subuh, pasti kita rasa liat nak bangun kan. rasa sedap je peluk bantal, rasa sedap je melingkar di bawah selimut tebal. begitu perit kan hidup ni untuk jadi seorang baik. bukan baik macam ustaz mahupun ustazah. sekadar untuk menurut apa yang dperintahkan Allah, amalkan yang makruf, tinggalkan yang mungkar.
Posted by gaban at Tuesday, March 09, 2010 9 comments
Monday, March 1, 2010
nasi lemak mak aku
mula-mula kita perlukan bahan-bahan seperti berikut:
1.beras 1kg
2.daun pandan 1 helai
3.serai 1 batang (dipotong dua)
4.bawang besar 1 biji(dipotong nipis)
5.halia 3cm (dipotong nipis)
6.santan 50sen
7.planta 2 sudu besar
8.garam 2 sudu teh
9.gula 3 sudu besar
jom aku nak stori cara nak masak pula..
mula-mula basuh beras sebanyak 3 kali, kemudian masukan air mengikut sukatan. selepas itu masukan santan,planta,gula,garam,serai,daun pandan,bawang dan halia yang telah dipotong tadi..tunggu la sampai nasi lemak anda masak..
selamat mencuba..sekian resepi dari gaban(ni resepi mak aku,nak belajar masak jomla jumpa mak aku)
Posted by gaban at Monday, March 01, 2010 0 comments

