Sunday, October 10, 2010

meniti akhir 1

tatkala bumi semakin menghampiri seruan Illahi, bagaimana rupanya andai bumi ini mati keesokan hari. bagaimana dengan kita manusia yang selama ini menumpang kasih sayang bumi. sejauh manakah dalamnya cinta kita terhadap Bumi ini. berpanas hujan tak kira siang dan malam. namun tetap setia menemani kita.

andai ia hilang menitiskah air mata ini? tanda cintanya kita kepada Dia Maha Pencipta. perjalanan kita semua sama.tak kira yang jahat mahupun yang baik. jika ditanya pada si jahat, nanti mati nak masuk mana? jawabnya, nak masuk syurga. begitu juga di tanya pada si baik.jawabnya tetap sama. tak kira apa yang kita lakukan tujuan tetap sama. niat nak masuk syurga, tapi apa bekalan yang kita bawa? bukan harta dan pangkat Allah nak tengok. jadi apa yang perlu kita buat? jawabnya mudah...amar ma'ruf nahi mungkar.

bila berkata-kata seharusnya dicerminkan diri ini dahulu. sejauh mana diri ini. jalan yang dipilih masih samar-samar skop tujuannya. banyak pilihan yang terbentang luas. apa yang berlalu diharuskan jadinya sempadan dan panduan hidup pada masa datang.

banyak yang perlu dilepaskan, banyak yang perlu dikenangkan, apa yang tinggal, apa lagi yang ada??

Thursday, October 7, 2010

bukaklah mindaku ini...

masa' al khoir...

kenapa kita terus menerus diberi pilihan. setiap kesilapan masih diberi ruang untuk membetulkan apa yang salah. sedangkan kita tahu perkara yang salah itu tetap tak dapat di padamkan. ibarat seorang budak menumbuk rakannya. rasa sakit tu boleh hilang, tapi perbuatan tu tak dapat dihilangkan dari ingatan kita kan? walaupun dapat dimaafkana, tapi luka dihati ini tetap berparut.

pilih memilih sudah menjadi lumrah kejadian manusia, khianat mengkhianati kesan sampingan rasa ego manusia yang boleh menceraikan silaturahim kehidupan yang indah ciptaan Tuhan. kita tak boleh menghalang sesuatu itu untuk menjadi hak kita sekekalnya untuk kita sahaja. selagi kita ni milik yang Maha Esa, bukan hak kita untuk menentukan mana arah tujunya seseorang itu.

sedangkan Allah sedia berkongsikan ciptaanNya yang Maha Agung ini untuk kita semua, tapi kenapa kita tak boleh seperti itu? sedangkan nafas yang kita nikmat ini hanya bersifat sementara, dan nyawa ini pemberian yang bersifat pinjaman. andai kata itu semua nikmat itu sudah luput tempoh pinjamannya. kita harus bagaimana???