Tuesday, August 31, 2010

berandai2

andai kita tahu ini adalah ramadan yg terakhir, mesti kita meniggalkan facebook dan waktu ini kita terlalu kusyuk untuk dunia kekal.

andai kutahu bila tarikh kematian ku, xkan penah terlintas untuk ku berbuat dosa..

dua rangkap ayat yg dipetik dr orang memang pandai berkata2..
pada pandangan aku jika semua itu kita dah tau apa la maknanya sebenrnya hidup ini.dan kita xkan belajar apa2 langsung. dan Allah pun dah kata kan buat baik walaupun just berniat baik dah dapat pahala, buat jahat diberi balasan yg setimpal...mengapa kita kita perlu berandai lagi kan..

semuanya sudah terang lagi bersuluh..

Tuesday, August 24, 2010

tangislah...

tangisan yang begitu menyayat hati, mengembirakan selautan kasih, mengukuhkan lagi kasih yang tererat sekian lama. laungan azan atau qamat tanda si kecil lelaki mahupun si gadis comel. hidung kemek, pipi tembam, seperti terasa hendak dicubit-cubit ja. ya salam, kabir betol nikmat Illahi yang dikurniakan. Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, dilimpahkan kasihNya kepada hambaNya.

tangisan itu tidak lagi sekarang disahut dan disambut dengan laungan azan mahupun qamat, tetapi sebaliknya ditemani ribuan langau dan lalat, dihidang terang-terangan oleh sang makhluk yang berakal tetapi berhati batu.sayang sekali ratusan nyawa yang tak ternilai dinafikan haknya untuk melihat dan menikmati kehidupan dunia yang penuh pancaroba dan dugaan.

menyesallah si ibu kehilangan beban yang ditanggungnya berbulan-bulan. perit yang ditanggung, mudah sahaj dilepaskan tanpa sempat merasakan nikmat nya..

Thursday, June 17, 2010

apa itu islam?

islam itu sendiri telah dan sememangnya fleksibel sepanjang zaman. setelah taurat, injil dan zabur diturunkan kepada musa, isa dan daud lalu allah turunkan al quran kepada muhammad. pelbagai peristiwa telah diceritakan. tapi bagi siapa yang membacanya hanya sekadar untuk bertaranum dan membacanya dengan penuh lenggok kesyahduan nada suara bagai buluh perindu tapi isi intipati al quran itu sendiri tak dapat diserap melalui penghayatan makna dan panduan ianya bagaikan orang melayu baca buku jerman, bunyinya sedap, tapi sepatah haram tak paham...ngee hehe :)

setiap insan dalam hatinya ada nur iman itu, then bila ada yang mula sedar akan kesilapanya lalu hendak berubah haruslah insan lain disekeliling itu meyokong akan setiap langkah yang hendak diambilnya. tetapi bagi yang hendak berubah itu haruslah paham akan apa yang hendak dibuatnya supaya tidak mendatangkan masalah baginya. kita ahrus tahu apa sebenarnya dan sebaiknya melakukan perubahan.

ada sesetengah gurl yang ingin ber... tapi bagi aku nak diikutkan cara oarang arab yang bertutup litup ada sebabnya. di negara arab kan berdebu pasir, so mestila pakai something yang boleh menghalang debu itu. jadi renungkan balik konsep masyarakat kita ni, aku rasa diorang dah macam tersalah bawa erti sebenar penutupan aurat. bukan aku nak kata kat sapa, tapi cuma ingin memjelaskan apa yang terbuku di hati.

dalam surah an nur, ayat 31 pun tak disebut berpudahlah wahai perempuan beriman...tak percaya semak la balik..sekian wassalam