Sunday, May 2, 2010

benci dan marah kerna Allah

Ya Allah maafkan lah hambaMu ini, aku tak bermaksud nak membenci sesiapa saja, dan marah pada sapa-sapa.. tapi salah kah aku buat begitu kerna Mu Ya Allah, niatku hanya nak menyedarkan mereka. hiduplah di alam nyata, hiduplah di alam pelangi. corakan sedikit minda kita dengan warna-warna pelangi. mungkin sesetengah orang tak dapat melihat secara logik, tapi berfikirlah secara kreatif dan inovatif.



Saturday, May 1, 2010

aduhai waterfall...

hehe ikut jejak langkah amar tukar layout baru, tah tiba2 suka waterfall. nak hidup tenang dengan aman lepas habis exam ni. tak mau pikir hal2 remeh-remeh. just nak habiskan secepat mungkin baki-baki hari hari di sini. mungkin lepas ni blog dan fb aku tak usik lagi. hm, masa begitu cepat berlalu.

pelbagai warna-warni kehidupan aku lalui sepanjang berada di bandar raya kuala lumpur ni, walaupun ikutkan saiz persegi negeri ku lebih besar. tapi indahnya negeri sendiri terkadang kita terlepas pandang, antara menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata, dan intan.

biarla orang nak kata apa, pekakkan dan tulikan telinga saja pesanan ibuku sebelum jejakan kaki di kolej ini, nasihat dan panduan tak pernah lekang di bibir ibu dan abg2 ku. buatla baik, tapi berpada-pada. baik ada hadnya. dan buat jahat jangan sekali.

susah untuk ku membenci sesuatu mahupun seseorang, tapi perasaan itu wujud bila aku dah tak boleh blah dengan keadaan itu. diam seribu bahasa, biar diam tanda kita mengalah. apalah sangat sekadar menang di dunia. biarla dari sekarang mencari apa yagn sepatutnya dicari. biarla tak ramai kawan, biarla seperti katak bawah tempurung yang berwawasan dan berinternet.

team futsal

berdiri dari kiri : gavan 12, rafie 01, safrizal 23, chuba 04,
depan dari kiri : firdaus 10, arshad 09, afif 14, nizam 16,

kejayaan team : 9-13A  (1-3)  jagindas
                        b-donald  (1-1)  9-13A
                        saw fc  (2-1)  9-13A

keistimewaan team : main untuk suka2 je, corak fun dalam game, hehe :)

lokasi : sport planet, ampang