Sunday, March 14, 2010

ngumpat ke???

betol atau tidak??
seseorang yang menulis atau menceritakan sesuatu pasti ada sebab...menulis kerana apa yang dialami ataupun alamian kejadian orang lain.di sini aku pun terpikir, ada orang yang menulis mengenai seseorang untuk dijadikan iktibar, ada orang menulis kerana geram...nak bantai orang yang dia geram tu melalui penulisan yang berunsurkan apa-apa aje, janji hati dan perasaan si penulis tenang...

dan ada pula yang menulis tentang diri sendiri, apa yang dialaminya. lebih kurang macam diari la, tapi sekarang dalam bentuk yang lebih canggih. dulu kalau tulis diari, berpuluh-puluh buku. ada pula yang sanggup beli buku siap ada pengunci lagi. ni kes tak nak orang baca la..hehe...

hm..tapi apa pun cara penyampaian tu biarla tak berunsurkan perpecahan sesama kita..ya ramai yang tak sedar bila bercakap tu tak pikir dulu, tapi perlukah berpikir dengan apa yang diperkatakan, dan dipertuturkan? ya orang cakap, baik diam aje dari mencelah atau menyampuk apa yang orang gebangkan. takut-takut apa yang kita luahkan, tuturkan itu jadi ingatan sebagai bahan ngumpat je.

memangla selalunya macam tu, eh aku tak kutuk sapa k, aku tak gosip sapa-sapa k...tapi perkara sebenarnya kita mengata orang, kita mengutuk orang...aku pun ada buat salah, aku pun tak  lari dari bercerita tentang orang..tapi apakah sebabnya yang menyebabkan kita bercerita tentang orang tu, mengata tentang diri seseorang?

bagi aku, bila kita mula bercerita tentang seseorang tu, mesti ada yang tak kena dengan apa yang orang tu lakukan atau tuturkan, manusia yang bukan sikapnya seperti burung murai tak akan mencanang dan menjaja nama orang lain kan. itu la yang tak sedap didengar kan, kita tak mau berbalah secara dalaman. tapi konflik tu wujud sendiri. berbelah-belah pihak menegakan yang depa ni di barisan yang lurus. macam mana lak orang yang di barisan tak lurus ni? kekadang kita tak boleh hukum yang kita ni tak pernah mencuri, merompak, dan buat apa aje benda jahat tu baik dari orang yang jahat ni. betol kan, ada orang baik tapi baik dia dengan Allah ja, solat tak tinggal, puasa cukup, solat sunat tapi macam mana lak silaturrahim dengan sesama manusia ni? dan orang yang jahat sudah pasti jauh sekali dari Allah, tapi silaturrahim sesama manusia tu akrab sekali, walaupun dia tak baik orangnya. iman ada dalam hati setiap manusia, nur pasti menerangi hati itu suatu hari nanti. Allah Maha Adil dan Allah itu bukan untuk orang yang baik sahaja..

wassalam...

Tuesday, March 9, 2010

perit dan jerih

setiap orang pasti mengalami saat yang memerihkan...apatah lagi memeritkan,tentu sekali mendatangkan kesan yang amat pedih kat hati.terasa dada ni macam nak meletup dibuatnya.

seorang ibu pasti terasa perit jerih kehidupan, tatkala terpaksa berganding bahu bersama suami bagi membesarkan anak-anak tercinta. tapi semua itu perngorbanan yang amat bernilai apabila semua itu dibalas dengan kejayaan anak-anak di hari muka. membawa pulang bukan setakat segulung ijazah,master mahupun phD tetapi membawa pulang harapan kehidupan yang lebih bermakna untuk kedua orang tua mereka. bayangkan jika kita berada di situasi itu, tak bangga ke kita masa tu? melahirkan anak-anak yang mengenang budi, anak-anak yang perihatin, anak-anak yang soleh dan solehah. bagi ibu bapa berdoa lah untuk kebaikan anak-anak. tatkala fajar subuh menyinsing, apa yang diidamkan tak seperti yang diimpikan, anak-anak yang dibesarkan umpama meniti di atas bara api, bagaikan meneguk minyak yang mendidih, seperti memakan duri selumbar. pedih dan perit tak terucap dengan kata-kata. hanya air mata yang mampu menjawab seribu pertanyaan ini.

sungguh perit untuk kita membuat suatu keputusan..keputusan tentang kebahagiaan kita.pepatah orang tua-tua pernah mengatakan terlajak perahu dapatku undur terlajak kata buruk padahnya, terlajak perbuatan binasa jawabnya.menyesal dahulu pedapatan,menyesal kemudian tiada gunanya. alangkah indahnya hidup ini seperti burung yang terbang melayang di awan biru. tapi sampai bila kebebasan itu dapat dinikmati? kebebasan bukan beerti kita boleh lakukan apa sahaja,ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa.



hm...kenapa kita yang cuba dekatkan diri dengan Allah akan diuji? ujian sebagaimana rupa? aku pernah terbaca dalam al-quran "tiada seorang pun yang betul-betul beriman jika tidak diuji terlebih dahulu" apakah maksud ayat ini? adakah kita beriman sedangkan kehidupan kita tanpa sebarang ujian? ya...nak buat baik memang banyak dugaan, macam-macam cobaan yang akan sentiasa melilit kita. contoh mudah la, nak bangun sembahyang subuh, pasti kita rasa liat nak bangun kan. rasa sedap je peluk bantal, rasa sedap je melingkar di bawah selimut tebal. begitu perit kan hidup ni untuk jadi seorang baik. bukan baik macam ustaz mahupun ustazah. sekadar untuk menurut apa yang dperintahkan Allah, amalkan yang makruf, tinggalkan yang mungkar.
 

Monday, March 1, 2010

nasi lemak mak aku

meh aku nak stori sikit cara memasak nasi lemak cara mak aku..

mula-mula kita perlukan bahan-bahan seperti berikut:

1.beras 1kg
2.daun pandan 1 helai
3.serai 1 batang (dipotong dua)
4.bawang besar 1 biji(dipotong nipis)
5.halia 3cm (dipotong nipis)
6.santan 50sen
7.planta 2 sudu besar
8.garam 2 sudu teh
9.gula 3 sudu besar

jom aku nak stori cara nak masak pula..

mula-mula basuh beras sebanyak 3 kali, kemudian masukan air mengikut sukatan. selepas itu masukan santan,planta,gula,garam,serai,daun pandan,bawang dan halia yang telah dipotong tadi..tunggu la sampai nasi lemak anda masak..

selamat mencuba..sekian resepi dari gaban(ni resepi mak aku,nak belajar masak jomla jumpa mak aku)